..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Apabila kita lihat apa yang sedang berlaku di Tanah Air kita, sebenarnya musuh tidak senang hati terhadap kita dengan sentiasa melakukan serangan demi serangan terhadap ummah.

Pada tahun 2001, suatu cadangan yang dikemukakan oleh majlis orang-orang kafir (MCCBHS) kepada Majlis Peguam (Bar Council) untuk menubuhkan satu majlis yang disebut sebagai Inter Religious Council (IRC). IRC ini kemudiannya bertukar menjadi IFC (dengan mengantikan religion/agama dengan istilah faith/kepercayaan) kerana ingin memasukkan apa-apa sahaja anutan atau kepercayaan yang sesat, pelik dan tidak masuk aqal. IFC membawa 14 tuntutan.

Usaha penubuhan IFC ini adalah agenda untuk menyama ratakan semua agama setaraf dengan Islam. Kerja-kerja jahat ini dibiayai oleh sebuah yayasan dari luar negara, Konrad Adenauer Stiftung, dari Jerman, sebuah pertubuhan Kristian Demokrat.

IFC walaupun berubah wajah namun agenda asal mereka diteruskan
Apabila agenda jahat musuh Islam ini terbongkar maka, umat Islam seluruh negara bangkit menentang. Tidak kira apa parti dan pelbagai NGO Islam, semua bersatu bersama dalam kempen BANTAH IFC hingga mendapat perhatian Kerajaan untuk menolaknya.

Namun, musuh Islam sifatnya tidak berhenti. Mereka kemudian menubuh satu lagi pertubuhan dengan tujuan yang hampir sama. Kali ini mereka menggelarkan diri mereka sebagai “Article 11″. Begitu jugalah umat Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira warna parti bersatu sekali lagi menolak agenda jahat ini. Alhamdulillah, hayat kumpulan “Article 11″ tidak panjang.

Namun, pada masa itu juga umat Islam tidak sedar bahawa terdapat beberapa agen musuh telah menyelinap masuk dalam negara melakukan gerak kerja dan perancangan sulit mereka. Beberapa institusi tajaan kerajaan Amerika Syarikat seperti NED, NDI dan IRI giat melakukan pelbagai kempen dan bengkel untuk melatih agen-agen mereka di Tanah Air kita (boleh juga baca tulisan sahabat saya: Malaysia’s Tiger In Waiting). Akhirnya bergeraklah satu kempen besar-besaran atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara melalui rusuhan jalanan untuk menjatuhkan kerajaan sah dipilih.

Amerika Syarikat mengguna agen-agen mereka ini 
untuk menyelinap masuk dalam negara-negara Islam 
termasuk di Tanah Air kita dengan bantuan penuh Anwar Ibrahim.

Perancangan licik ini semua tercatat dalam kajian yang dilakukan oleh Rand Corporation yang bertajuk “Building Moderate Muslim Networks” dengan bantuan langsung dari Anwar Ibrahim pada era beliau dibiayai penuh untuk tinggal di Amerika 2005-2006. Kajian tersebut turut menyebut dengan jelas penubuhan Foundation for the Future (FFF) dengan tujuan mengangkat agenda “demokrasi” Amerika di negara-negara Timur Tengah. Perlu diingat juga, Anwar Ibrahim dilantik menjadi Pengerusi FFF untuk melaksanakan agenda Amerika di Timur Tengah. (Insha Allah isu ini akan diulas lanjut dalam kiriman lain – doakan ianya terhasil)

Susulan kejayaan “interlocutors” Amerika Syarikat menyemai racun dan perancangan jahat maka kita lihat barua-barua Amerika ini mula bermaharajalela dengan pelbagai demonstrasi jalanan seperti “Occupy Dataran” (yang dimulakan dan ditaja oleh Open Society Foundation (OSF) milik George Soros) dan siri keganasan Bersih yang kotor dan hina.

Masih bolehkan kita berkawan 
dengan orang yang memusuhi ayat 120 surah Al Baqarah?

Bukti campur tangan musuh ini amat jelas sekali dan boleh kita rangkaikan mereka sebagai usaha jahat yang berterusan. Malah bagi kita orang Islam kita telah pun diingatkan oleh Allah s.w.t. bahawa musuh-musuh Islam ini tidak akan henti dari berterusan merencana perancangan jahat ini selagi kita tidak ikuti mereka. Mafhum ayat 120 surah Al Baqarah kita diingatkan bahawa kerja-kerja jahat mereka ini akan berterusan selama-lamanya.

Rangkaian musuh Islam Comango-Bersih
rangkaian musuh Islam Comango-Bersih
Persamaan ketara di kalangan NGO-NGO utama 
penggerak COMANGO dan BERSIH – 
mereka semua adalah entiti yang sama

Sebab itu musuh kita seperti Lim Kit Siang tidak senang apabila umat Islam diberikan peringatan tentang amaran Allah s.w.t. ini. (baca: Apakah Kini Berpesan Sesama Sendiri Ingatkan Firman Allah Sudah Tidak Boleh Lagi?)

Jika hati kita murni untuk memerangi musuh, tidak susah untuk kita lihat kesamaan dari senarai NGO-NGO utama yang menggerakkan Bersih dan yang terkini, Comango. Mereka semua adalah rangkaian NGO yang memusuhi Islam bersesuaian dengan kehendak dan telunjuk tuan mereka dari luar negara.
Kenapakah begitu sukar untuk kita mengenali musuh walaupun sudah terang lagi bersuluh? SUMBER

--klik banner di bawah, like FB page... sebagai tanda sokongan anda #AntiComango--

2 das tembakan!:

Ben Mazalan said... April 5, 2014 at 3:46 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon blog tuan support portal berita mahasiswa yang baru belajar ini. Mohon link ke universitynewscapital.com

IBU HAYATI said... March 6, 2015 at 9:55 PM

Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

Top