..

UNDER CONSTRUCTIONS...


238... KECIL saja majoritinya, tapi membawa satu signifikan BESAR dalam wadah politik tanahair.

Keputusan PRK Teluk Intan menjadi karma kepada DAP bila propaganda 'transfer' berkaitan rasisme dalam komponen BN yang diusung mereka akhirnya menghempap diri-sendiri.

Kemenangan Datuk Mah Siew Keong menjadi bukti UMNO tidak rasis, sebagaimana yang menjadi taburan dedak di setiap ceramah DAP, termasuk disuarakan calon mereka Dyana Sofya.

Banyak peti undi di kawasan Melayu yang membantu kemenangan Mah. Kerja keras jentera UMNO juga tidak harus dipertikaikan oleh kawan & lawan. Jika Melayu UMNO dapat mengundi Mah tanpa sekelumit prejudis, apa lagi bentuk rasis yang mahu DAP canangkan terhadap UMNO?

Terimalah hakikat ideologi nasionalis dalam komponen2 BN menjadi diversiti yang saling melengkapkan.

Saya memerhatikan dari dekat gerak kerja Datuk Ahmad Maslan (Ketua Penerangan UMNO) dan Khairul Azwan Harun (Naib Ketua Pemuda) yang tidak mengenal penat mengusahakan jalan terbaik meraih kemenangan BN hingga pusat pengundian ditutup.

[Kedua pemimpin ini bekerjasama rapat/langsung di platfom Whatsapp dengan penggiat media sosial jadi semua gerak kerja mereka dapat kami ikuti. Harap lebih ramai pimpinan UMNO/BN lain akan turut mempraktikkan kaedah serupa selepas ini.]

Bukan mempertikaikan usaha Gerakan, MCA, MIC dan parti2 komponen lain... Cuma tak mahu ada pihak yang terlalu mendabik dada atas kemenangan P076 ini.

Ada apa dengan Dyana Sofya? 'Perjudian' DAP terlingkup teruk dalam masa cuba menjadikan seorang perempuan muda Melayu satu ikon baru politik mereka. Imej Dyana tak ubah seperti window dressing... tak mampu menolak sentimen BONEKA bila Lim Kit Siang terpaksa menjadi pengiringnya ke mana sahaja.

Lim Kit Siang kecewa dengan peratusan mengundi yang kurang, menjadi penyebab kekalahan DAP. Anaknya Lim Guan Eng pula secara terangan mengakui faktor 'bangsa Melayu' yang ada pada Dyana yg menyebabkan kekurangan undi Cina.

Dari kesimpulan itu tidakkah DAP mengakui mereka yang lebih tebal mengimplementasikan politik rasis?? Itulah karma yang menghempap mereka selepas puas menjadikan komponen2 BN sebagai scapegoat dengan label rasis.

Penolakan undi hudud secara terangan, pendedahan pembabitan silam dalam PERKASA, dan banyak lagi hijab terbuka membawa petanda pihak mana lebih ikhlas dalam perjuangan. Kepada PAS, ketentuan ALLAH yang mana lagi mahu mereka dustakan?? - @riorashid/1peluru.com

3 das tembakan!:

Anonymous said... June 1, 2014 at 5:18 PM

1-0 bn dah menang satu prk di tmpat lawan........ teruskan pjuangan

Anonymous said... June 1, 2014 at 5:45 PM

DAP TU SAMA MCM CADBURY

Mr.Daily Net said... August 13, 2014 at 3:15 PM

Salam dan Selamat sejahtera,

Mohon sahabat-sahabat tolong viralkan program PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA ke 57.

Untuk keterangan lanjut :

Sila 'LIKE & SHARE' https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka

Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka
dan akaun TWITTER https://twitter.com/instamerdeka

* Tunjukkan rasa cinta anda dalam menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 dengan mempamerkan GAMBAR-GAMBAR dan 'SELFIE" UCAPAN KREATIF anda di Instagram.

* Hanya gunakan hashtag ?#?IM57? dan mention @InstaMerdeka di akaun Instagram untuk menyertai pertandingan ini.

Sekian, Terima kasih.
#IM57 JASAInstagramMerdeka

 
Top