..

UNDER CONSTRUCTIONS...


BILA tiba musim pilihanraya maka banyaklah nostalgia terutama bagi orang lama macam saya yang duduk di ceruk desa. Tiada bekalan letrik dan air. Itulah Kampung Paya Besar, Mukim Pogoh Segamat, Johor.

Jalan kampung berselut dan becak bila hujan... sebahagiannya ikut kesan laluan lori balak. Di kawasan lembah akan timbul kesan tayar membentuk batas. Kiri kanan jadi parit dari kesan tayar lori hantu. Cuma muat dilalui sebuah basikal dan motosikal saja. Bila berselisih, salah seorang kena berhenti. Selalu juga ada yang terkucil dan jatuh dalam paya... grin emoticon

Dalam kampung cuma ada sebuah saja TV hitam putih milik ketua kampung yang pakai generator. Orang kampung boleh tengok TV sekali dua saja seminggu iaitu cerita Combat Vic Morrow dan cerita Melayu pada malam sabtu. Itu pun kena bayar 10 sen seorang utk beli petrol hidupkan generator.

Hari-hari biasa senyap sepi. Kalau ada pun radio transistor yang guna battery EverReady merah yang di recycle. Bila kita picit dia lembik itu tanda dah lemah. maka siang hari kena jemur dan pasang semula. Adalah bunyi sikit radio lama tu untuk dengar bangsawan. Itupun kena letak telinga rapat ke corong. Selalu kelahi dengan kakak dan abang sebab masing-masing nak tampal telinga kat speaker radio yang antara bunyi dengan tidak tu.

SUASANA MENJELANG PILIHANRAYA

Masa kecil dulu manalah kita peduli pasal pilihanraya ni. Tapi lama-lama alam mengajar kita. Salah satu yang menjadi nostalgia ialah WAYANG PACAK. Sekarang ramai yang tak tahu lagi benda apa wayang pacak tu?

Macam dalam gambar ni ha rupa wayang pacak... both side boleh tengok... cuma orang yang duduk tengok di sebelah belakang akan lihat tulisan terbalik...

Fenomena ini dah bermula sejak saya celik mata dan nampak dunia... sekitar tahun 69 dulu lagi... Bila saja ada landrover atau Volkswagon Combi Jabatan Penerangan Malaysia datang masuk kampung petang-petang hari kat ceruk kampung dan estate..... maka adalah buah tangan wayang pacak ni...

Sejak petang lagi corong speaker besi mereka akan memutarkan lagu-lagu top 60an seperti lagu-lagu Ahmad Jais, A Rahman Hassan, P Ramlee dan lain-lain. Cukup kuat sehingga boleh didengar sampai rumah terakhir di hujung desa. Desa yang sepi itu jadi gegar dan hingar bingar.

Lepas isya', tayangan bermula dengan beberapa iklan dan diikuti dengan filem Melayu pakai gelung filem sebesar dulang. Waktu tayangan berjalan mata tak berkelip sebab takut terlepas babak filem. Masing-masing duduk bersama keluarga atas tikar mengkuang yang dibawa sendiri ke padang tu tak bergerak-gerak. Ada yang sambil makan bekal tebu, nangka atau gorengan yang dibawa dari rumah.

Di pertengahan tayangan, sesi akan dihentikan untuk tukar gelung filem yang kedua. Ketika itulah diselitkan CERAMAH KEMPEN PILIHAN RAYA atau ISU SEMASA.

Oleh kerana itu sahaja pilihan entertainment yang ada, dan orang Johor pula terlalu setia dengan kerajaan dan UMNO, maka semuanya sanggup tunggu sampai habis ceramah. Lagipun gian nak habiskan cerita Melayu tadi.

Masa ceramah selingan itulah masing-masing mula bangkit mencari penjual kacang kuda, goreng keledek dan pisang, kacang mengelebu, gula-gula dan sebagainya. Yang muda-mudi pula mula pasang badan 'mengorat' pasangan.

Biasanya wayang dan ceramah akan habis sekitar jam 12 malam. Waktu itu ibu bapa terpaksa berhempas pulas mengejutkan anak-anak yang tertidur di riba masing-masing untuk diminta berjalan pulang. Adalah yang menangis, mengigau, kencing dan segala macam perangai.

PELBAGAI SOGOKAN DAN ASAM GARAM PILIHAN RAYA

Dari wayang pacak tadi maklumat dan kempen disampaikan dengan 'paksa'. Itu sahaja cara yang ada kerana desa itu tiada bekalan surat khabar dan media. Hidup penduduk yang rata-rata menderita hanya perlu memikirkan bagaimana nak cari nafkah keluarga saja.

Menjelang pilihan raya setiap 5 tahun sekali, desa pendalaman itu tiba-tiba sering diziarahi pemimpin. Ketika itu jugalah ada jentera masuk untuk sodok jalan bagi melebarkannya. Sedikit demi sedikit jalan sempit desa itu dilebarkan. Kerja melebar jalan selut yang boleh siap tidak sampai 2 minggu itu diracik jadi berpuluh tahun kerana ia hanya dilakukan setiap 5 tahun sekali.

Sampai hari ini, rasuah hiburan dan projek rakyat menjelang pilihan raya ini masih diamalkan. Menjelang pilihanraya tahun 90 saya bertugas di Kelantan. Kerajaan Bn tiba-tiba mengadakan konsert percuma selama 2 minggu di Stadium Kota Bharu. Kemudian sambung lagi 2 minggu.. dan tambah lagi seminggu. Semuanya berjumlah 5 minggu. Stadium jadi tempat lepak sampai pagi tanpa kawalan.

Banyak cerita tersembunyi di sebalik konsert itu. Saya tahu kerana bapa saudara isteri saya dari Kedah turut terlibat berniaga asam jeruk di situ. Bila free saya turun bantu dia.

Hati saya sedih dan merintih apabila mengetahui sepanjang ekspo dan konsert percuma itu, ramai gadis yang hilang dara. Ramai suami yang terlibat zina dan rumahtangga porak peranda. Habis segala artis ditaja untuk merasuah minda.

Waktu itu... hati kecil saya berkata, bilalah nak datang hidayah agar pendekatan pilihanraya begini dapat dihentikan. Akhirnya ditakdirkan BN kalah dan Kelantan tidak dapat ditawan semula hingga kini.

KESIMPULAN

Untuk BN suka saya nasihatkan. Berubahlah mengikut perkembangan semasa. Pelajarilah kesilapan lama. Hari ini rakyat tidak sebodoh dahulu. Maklumat dicelah jari. Semua yang kita lakukan dirakam dan ditayangkan media yang berbagai rupa.

Dahulu wayang pacak adalah satu satunya media hiburan dan maklumat yang ada. Di desa saya tiada parti lawan masuk berceramah kerana UMNO amat kuat di sana. Kerana itu gula-gula itu LAKU. Jalan kampung yang tak perlu diturap tar itu pun diracik-racik kerjanya sehinga memakan masa berpuluh tahun untuk disodok. Padahal semua kerja itu boleh siap dalam masa 2 minggu saja jika benar-benar ikhlas.

Hakikatnya waktu itu bukanlah UMNO kuat. Tetapi kerana tiada tandingan. Jika dicalunkan 'peti ais' pun akan menang. Tetapi kini segala sudah berubah. Dahulu anak sekolah pakai skirt, ibu bapa pun tak menutup aurat. Ilmu dikutip ikut nasib. Hari ini gejala sosial sudah terlalu teruk dan rakyat ingin kembali kepada roh dan pendekatan agama.

Hari ini segalanya berubah. Oleh itu gunakanlah akal dan ilmu. Ubahlah strategi. Pelajari khilaf dan kelemahan lalu... mengapa kekalahan BN semakin menjadi jadi. Berpijaklah di bumi nyata kerana pengundi juga sudah cerdik belaka.

QS:9. At Taubah 126. Dan tidaklah mereka memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka masih tidak bertaubat dan tidak mengambil pelajaran?

FRIENDLY ADVICE; PERKONGSIAN PENGALAMAN
Catatan naluri,
13 April 2015 - 3.40am


4 das tembakan!:

UMNO PARTI PENJARA said... April 19, 2015 at 4:59 PM

....



----------------------------------------------------------------
(( Rahsia Tertutup ))- Puteri UMNO Tidak Kisah Tun M Keluar UMNO
----------------------------------------------------------------
Tun jangan samakan keadaan Pak Lah dan Najib..
Keadaannya sangat berbeza..

Tun jangan samakan zaman Tun jadi PM lebih 20 tahun dgn Najib baru sepenggal lebih..
Keadaannya sangat berbeza..

Jadi, Tun keluar UMNO pun, penjilat2 Najib tak kisah sikit pun... Mereka tetap jilat Najib lah..!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




------------------------------------------------------------------------
Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskn & Pembunuh Antartuya DiTANGKAP Segera!!
------------------------------------------------------------------------
Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




-----------------------------------------------------------------------
Selamatkan Malaysia - Perpaduan Hanya Akan Wujud Selepas BN Dikuburkan!
-----------------------------------------------------------------------
** UMNO menyalak untuk perpaduan rakyat di Malaysia sejak dulu lagi.. Mereka bakal menyalak lagi penghujung tahun ini!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<

Anonymous said... May 1, 2015 at 8:24 AM

Jamaluddin jarjis...semoga tabah menghadapi seksaan kubur disana atas segala penyelewengan yg telah anda lakukan atas muka bumi ni dulu...

IBU PUSPITA said... June 15, 2015 at 9:45 AM


Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

pak slemett said... May 22, 2016 at 10:31 PM

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

 
Top