..

UNDER CONSTRUCTIONS...


BEKAS Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sebagai tidak memberi penekanan kepada kuasa rakyat.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Anwar menyifatkan gerakan pakatan itu tidak memberi sebarang perubahan kepada institusi penting di negara ini selain mengurangkan kuasa rakyat.

Kata Anwar kepada pembe­rita di luar mahkamah Jalan Duta di sini semalam, apa yang dilakukan Dr. Mahathir dan Kit Siang tidak mencukupi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kamu tidak boleh menggunakan golong­an elit untuk menentukan hala tuju negara. Ia mesti menerusi pilihan demo­krasi rakyat. Jadi, kembali kepada tadbir urus institusi dan demokrasi. Itu yang didapati kurangnya dalam deklarasi yang dibawa oleh mereka,” katanya.

Tambah Anwar, badan kehakiman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan antara institusi yang perlu diubah.

Ditanya siapa yang oleh menggantikan Perdana Menteri, Anwar berkata, itu tertakluk kepada rakyat untuk menentukannya, bukan UMNO.

“Mesti ada pilihan raya yang demokrasi dan adil,” katanya.


0 das tembakan!:

 
Top