DAP Tak Jadi Buat Pilihan Raya Mengejut #LGExit


Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan memerlukan lebih banyak masa bagi mempertimbang kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri secara mengejut.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dicapai selepas mengadakan perbincangan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Nasional (PAN) selama beberapa hari lalu yang turut membentuk kerajaan negeri.

"Selepas perbincangan yang panjang dengan parti komponen pembangkang lain, kita memutuskan perkara ini memerlukan perbincangan lebih lanjut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Comments