"PAS Jangan Buat Kecoh!" - Azmin Ali


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelar tindakan PAS kerana membuat kekecohan mengenai konsert Selena Gomez di negeri ini yang dijadual diadakan minggu depan.

Tambah Azmin, PAS tidak seharusnya "merasa teruja" mengenai penampilan penyanyi pop antarabangsa itu.

Azmin berkata penampilan seseorang adalah anugerah tuhan dan tidak boleh dilihat berbeza.

"Daya tarikkan (seseorang) ialah ciptaan tuhan. Apa yang boleh kita lakukan? Ia adalah ciptaan tuhan...ada yang seksi, cantik dan ada yang tidak.

"Ia adalah perkara biasa. Jangan teruja mengenainya," katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.



Azmin berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai bantahan Pemuda PAS terhadap konsert The Revival Tour Gomez yang dijadualkan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri mendakwa bahawa penampilan seksi penyanyi Amerika itu akan mencemarkan kesucian bulan Syawal.

"Kita perlu menghormati semua bulan," kata Azmin sambil menambah bahawa beliau lebih teruja tentang muzik, lagu dan lirik penyanyi itu dan berbanding penampilannya.

Bagaimanapun Azmin berkata MBSA tidak menerima apa-apa permohonan permit dari pihak penganjur konsert itu.

Comments