..

kem-tudm-pukl-sungai-besi-china

Isu berkenaan Pangkalan Udara KL kembali menghangat. Tahun lepas kecoh. Tahun ni kecoh lagi. Pelakunya tetap dari kalangan anjing politik yan cuba dapatkan political mileage.

Ya kita tahu ada isu berbangkit berkenaan perolehan tanah oleh syarikat asing tapi kami berpendapat, isu tersebut boleh saja ditujukan pada pihak pemaju dan tak perlu nak libatkan pihak pasukan keselamatan.

Tapi apakan daya, anjing politik lebih utamakan parti. Kalau betul mereka ini ambil tahu dan ambil berat tentang pasukan keselamatan kami cabar, dalam polisi anda tetapkan berapa besar belanjawan untuk pasukan keselamatan, tekan pemerintah darihal menambah jumlah keanggotaan sedia ada dan tekan pemerintah untuk memodenkan lagi pasukan keselamatan kita dari segi aset kritkal dan aset individu.

Malangnya, kita tahu anjing politik ni talam dua muka. Kalau ia beri kebaikan dan kelebihan kepada kepartian maka ia akan dijadikan isu tetapi jika tidak ia hanya akan disenyapkan.

Kerana itu, kami tetap tidak percaya dengan politik, tak kiralah pemerintah atau pembangkang kerana keduanya hanya ada kepentingan politik dengan mengutamakan parti.

Jadi sekali lagi kami naikkan hantaran mengenai Pangkalan udara KL yang telah kami naikkan tahun lepas bila isu ini memanas sekali lagi.

Jadilah masyarakat yang membaca, yang cakna dan bukan anjing politik.

PANGKALAN UDARA KL

1. Ramai pulak yang menyalak pasal isu kononnya pangkalan ini ditutup selama-lamanya, padahal yang cakap kata base tu tutup seorang anggota simpanan yang AWOL, cakap main petik lepas tu viralkan dekat masyarakat awam Malaysia yang kita tahu perangai semula jadi mereka adalah bertindak mengikut nafsu tanpa usul periksa. Siap cakap ada wartawan Perajurit - Penjana Permikiran Pertahanan bagitau dia. Eh kawan. Aku dengan budak2 Perajurit tu macam aur dengan tebing. Muka kau pun tak pernah muncul time teh tarik session ada hati nak petik editor diaorang, wartawan diaorang. Cukup-cukuplah jadi barua. Jumpa kau memang makan penumbuk kau makan penumbuk Orca aku. Ini cerita tahun lepas.

Tahun ini, tular video kononnya tentera berundur akibat tanah pangkalan dijual kepada syarikat asing, dan nama Pangkalan udara KL kembali menghangat.

2.Pangkalan Udara KL telah lama berada dalam pelan pemindahan, sejak sebelum China jadi regional power lagi, dan sejak sebelum PM sekarang berura-ura nak wujudkan Bandar Malaysia dan TRX disebelahnya. Pelan pemindahan sudah mula diusulkan oleh TUDM dan Kementerian Pertahanan, dengan tumpuan pembangunan pangkalan baharu di Sendayan yang bakal memperlihatkan pangkalan TUDM bagi unit bukan skuadron udara - yang mana Sendayan juga bakal menempatkan unit-unit latihan yang kini bertaburan di seluruh negara. 2010 memperlihatkan pemindahan secara berperingkat Pangkalan Udara TUDM yang mana ia didahului unit-unit kritikal yang saya rasa tak perlu saya sebutkan disini. Apepun korang tau ke kepentingan pengkalan udara ni. Zaman dulu kebanyakkan fasiliti tentera macam kem, depoh dan pangkalan udara di bina untuk support operasi semasa darurat. Pada masa tu kedudukan fasiliti2 ni agak strategik di mata perancang tentera.

Tapi di zaman pembangunan pesat ni kem kem dan air base ni dah tersepit dek pembangunan dan pembangunan sebenarnya sedikit sebanyak mengganggu keselamatan kem kem ni. Jadi dah lama dah sejak sebelum kes wan em di bi pun memang gomen dah rancang untuk pindahkan fasiliti2 tertentu ke tempat yang lebih baik dan dibina dengan lebih moden.

PUKL masih beroperasi seperti biasa dan hanya akan di tutup setelah semua fasiliti yang sedang di bina untuk unit2 yang akan pindah ini siap. Ini bermakna tunggu fasiliti di Sendayan dan Kuantan siap terlebih dahulu barulah PUKL akan di pindahkan sepenuhnya. Pemindahan ni juga terbantut bila ada kes dalam 1MDB makanya tiada tarikh rasmi penutupan pangkalan udara tersebut, tapi secara berperingkat unit-unit dalam pangkalan dipindahkan ke lokasi dan pangkalan baharu.

"The RMAF has not announced the date of the official closure of the airbase as the facilities to replace them are still under construction, at Subang, Kuantan and Sendayan. The delays are caused by the problems with 1MDB, the former developer of the airport land. So despite the departure of the VIP helicopters from Sg. Besi, its likely it will operate past the new year. As part of the deal to vacate the airbase. RMAF was assured that it will not have to do so until the new facilities are ready for occupation." dari Malaysian Defence
Sebenarnya kita dah lama tahu PUKL akan di pindahkan dan TUDM menerima land swap. PUKL kehilangan nilai strategiknya di sebabkan pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur. Ini ialah perkara biasa pembangunan kadangkala menyusutkan nilai strategik fasiliti tentera. Maka solutionnya ialah fasiliti itu di pindah kan ke Fasiliti baru yang lebih baik dan canggih.
Aku pelik kenapa Air Base lama pindah ke baru ni jadi isu. Dah TUDM dari 2010 lagi telah bersedia tunggu arahan pindah untuk dapat fasiliti baru yang lebih canggih.
Ini ada pulak politaik tetiba prihatin sangat.
Oh yelah dia prihatin sebab dia tak dapat makan percent, tu dia mengamuk tu.

3. Saya tak nak sentuh bab perolehan dan pembelian tanah sebab saya bukan kerja pejabat tanah, lagi pulak saya tak ada dalam proses pembelian ke, pemindahan ke, penukaran nama ke waima apa pun yang terkait dengan pelan pembangunan masa depan komersial - so jelas disini saya mengambil sikap tunggu dan lihat sementara menunggu lebih banyak informasi terkait dari sumber-sumber sahih dan bukannya portal berita online sampah atau page pondan main gitar,

Perkara terpenting adalah kepentingan strategik Pangkalan Udara KL sudah tidak wujud atau terhakis ekoran pembangunan mendadak kawasan sekitar yang jelas membahayakan penempatan aset dan mengambilkira ancaman tindakan keganasan pangkalan ini menjadi sasaran mudah. Lagipun aset yang ditempatkan di Pangkalan Udara KL bukanlah aset kritikal seperti yang terdapat di Kuantan dan Gong Kedak mahupun Labuan - memandangkan sekali sekala helikopter ATM datang menyinggah dan jarang sekali ada pendaratan pesawat tempur, apatah lagi pesawat pengangkut yang mana tumpuan kesemua aset pertahanan dan sokongan udara ini tertumpu di Subang, Butterworth, Kuantan dan Gong Kedak serta Labuan.

3a. Walaubagaimanapun, pada pendapat kami di MMP, kepentingan taktikal Pangkalan Udara KL masih ada, dimana sekitar kawasan Kuala Lumpur terdapat sekurang-kurangnya 4 pangkalan tentera utama, Kem Sungai Besi (Tentera Darat), Kem Wardieburn di Setapak dan Kem Desa Tun Hussein (termasuk Kem Mindef) di Wangsa Maju.

Kepentingan taktikal Pangkalan Udara KL ini terletak pada menyokong operasi pasukan lawan keganasan seperti NSOF yang diwujudkan tahun lepas (2016). Apa yang kami mahu sarankan adalah sekurang-kurangnya jika TUDM tidak lagi mahu mengoperasikan pangkalan tersebut, adalah lebih baik jika ia diletakkan dibawah Markas Angkatan Bersama dibawah subtext Joint Helicopter Base yang akan menyokong atur gerak pasukan khusus untuk tujuan lawan keganasan, atau military operation other than war (MOOTW) mahupun military operation urban terrain (MOUT). Ancaman Daesh keatas Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khasnya memerlukan keupayaan atur gerak pasukan dalam masa singkat dan mengambil kira senario paling buruk - serangan berganda keatas sasaran awam oleh pengganas, memerlukan tindakan pantas pasukan khusus dan melihatkan keadaan trafik dan mentaliti pemandu Malaysia yang tak ada sikap timbang rasa saya pasti ia bakal mengundang satu kesukaran maka penghantaran pasukan melalui udara adalah sangat penting dan Pangkalan Udara KL - Joint Helibase dapat menyediakan keupayaan tersebut kepada pasukan khusus yang berpangkalan di pangkalan-pangkalan tentera sekitar KL.

3b. Nilai sejarah yang sangat berharga pada Pangkalan Udara KL juga perlu diambil kira oleh pihak pemerintah. Meratakan tanah pangkalan udara tersebut untuk tujuan pembangunan masa depan sekaligus akan melenyapkan kesan sejarah TUDM khususnya, yang mana Pangkalan Udara KL adalah titik tolak bermulanya penubuhan dan perkembangan TUDM.
Sejarah Malaya dan kemudian Malaysia juga banyak berkisar sekitar pangkalan udara ini. Dari menjadi titik utama pasukan udara Malaya dalam mengekang kemaraan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua, kepada staging point skuadron pengebom Jepun hinggalah berangkatnya Tunku Abdul Rahman ke England untuk menuntuk kemerdekaan harus diambil kira.

Dari maklumat yang kami terima, ada usaha untuk mengekalkan sebahagian legasi pangkalan udara tersebut termasuk seksyen muzium yang sudah sedia ada wujud tetapi ini memerlukan pengesahan lanjut dari pihak yang terlibat dengan urusan pemindahan iaitu pihak Mindef dan Jabatan Perdana Menteri sendiri.

4. Pemindahan yang sedang berlaku sekarang melibatkan unit-unit sedia ada di pangkalan tersebut, dimana mereka dipindahkan secara berperingkat ke Subang, Kuantan dan Sendayan.
Cuba bawak bertenang. Selagi Sendayan, Jugra dan Kuantan punya facility belum siap selagi tu lah PUKL ni takkan di tutup.

5.Pangkalan Udara KL sekarang hanya mengendali penerbangan pesawat helikopter dan tidak ada langsung pengendalian pesawat pejuang. Masalah kepadatan pembangunan urban sekitar pangkalan tentera sudah lama berlaku dan ini tidak sahaja melibatkan Pangkalan Udara KL tetapi juga Pangkalan Udara Butterworth dan pangkalan-pangkalan tentera darat yang telah wujud sejak zaman Perang Dunia Kedua.

6.Dalam pihak tertentu cuba untuk menjadikan isu ini sebagai political mileage, suka untuk saya majukan satu soalan - Dimana kalangan pemimpin politik bilamana tanah Bandar Utama dan gedung beli belah ONE UTAMA sekarang yang dulu milik TUDM tidak mempunyai timbal ganti. Kenapa pihak kontraktor One Utama (yang jelas adalah kroni-kroni pemimpin pembangkang sekarang - termasuk Tun Mahathir) tidak membayar satu sen pun kepada Kementerian Pertahanan - malah tidak memberikan galang ganti tanah tentera tersebut di lokasi lain? Dan pihak sama cuba memainkan sentimen dan persepsi politik sedangkan dahulu mereka juga berbuat demikian tanpa satu bidang tanah pun digantikan kepada TUDM, dan sekarang mereka melaung cuba menjadi hero padahal tahi berjejeran di dubur.

7. Pihak yang sama mengadu domba tentang hal Pangkalan udara KL ini sebenarnya dua kali lima - jerung yang sebenarnya tidak berpuas hati kerana kroni-kroni real estate developers mereka tidak diberikan tempat untuk turut sama melaksanakan pembangunan - cuba kalau pemerintah bagi 10 peratus tanah untuk mereka bangunkan rasa-rasa pihak sebelah sana akan terus bising jugak ke macam sekarang - HARFIAH NYA PIHAK YANG BISING KONON CAKAP PRIHATIN TERHADAP TENTERA SEBENARNYA JERUNG JUGAK. Dia marah sebab kompeni dia tak dapat kontrak. Itu je. Korang ingat kalangan yang bising tu terutama wak wak politik tu, depa tu prihatin sangat ke kat tentera padahal kalau letakkan wak wak politikbodoh tu dua kali lima je. Jangan lupa tanya juga pemimpin sembahan kamu dimana tanah galang ganti Bandar Utama yang sepatutnya diserahkan kepada TUDM.

8. Ada yang melontarkan komentar mengatakan Washington DC mempunyai 3 pangkalan udara sekitarnya - adakah anda sudah lihat bagaimana keadaan kawasan sekeliling di Langley AFB yang mana tidak wujud pun bangunan pencakar langit atau perumahan jenis apartment sampai 40 tingkat. Adakah anda telah lihat keadaan sekeliling. Oh dan LANGLEY AFB terletak 150 batu dari Washington DC. Dan anda mahu mengatakan Bolling Air Force Helicopter Base yang kawasan sekeliling terdiri dari pangkalan tentera dan perumahan tentera tanpa ada perumahan awam yang mirip kawasan Sungai Besi - yang kedudukannya menghadap River Potomac? Anda nak bandingkan Pangkalan Udara KL dengan kedua-dua pangkalan udara yang saya sebutkan diatas. Oh come on give us a better example faggot!!.

Saya ingin beritahu kepada anda yang ketiga-tiga pangkalan udara tersebut terletak diluar kawasan perbandaran, jauh dari bangunan kondominium, pencakar langit dan lokasi setiapnya mempunyai buffer pembangunan. Adakah anda melihat keadaan sama di Pangkalan Udara KL yang terletak bertentangan dengan lebuhraya dan landasan ERL, flyover, kawasan rumah kedai dan apartment, kondominium, bangunan tinggi disekeliling radius pangkalan tersebut yang tak kurang 1 kilometer pun. Anda masih merasakan ia strategik - bayangkan pesawat helikopter ditembak jatuh oleh pengganas yang menggunakan kereta - menembak Stinger dari lebuhraya yang selari dengan landasan terbang dan yang terkorban adalah juruterbang TUDM. Saya yakin anda yang bising kata pangkalan ini strategik akan datang kembali dan kata "OOOH PANGKALAN INI TAK SELAMAT KENAPA TAK PINDAH" sebab dah boleh baca dah sikap dan perangai anda sekelian.

9.Saya juga ingin meletakkan kesalahan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian yang bertanggung jawab keatas pembangunan Wilayah Persekutuan serta Pihak Berkuasa Tempatan negeri, dimana mereka perlu dengan tegas menetapkan buffer zone bagi setiap pangkalan tentera dari dibangunkan oleh pihak awam bagi menjamin tahap keselamatan dan strategik pangkalan tersebut. Kita telah lihat bagaimana dengan mudah Pangkalan Udara Butterworth boleh menjadi sarang serangan pengganas atau pihak fanatikal yang mampu melumpuhkan aset tempur kita tanpa perlu menggunakan senjata teknologi tinggi. Cukup sudah kami lihat bagaimana perumahan awam merangkak sehingga ke tepi pagar pangkalan, sampaikan dibina berbagai struktur atas alasan itu tanah mereka walhal sepatutnya kawasan sekitar pangkalan mestilah tidak diserabutkan dengan pembangunan sekeliling yang bakal menjejaskan keselamatan dan mendedahkan operasi pasukan keselamatan kita. Saya amat berharap perkara ini diambil kira bilamana pangkalan-pangkalan tentera yang baharu diwujudkan dan pangkalan baharu sedia ada seperti Gemas, Gong Kedak, Sepanggar dan Sendayan nanti menetapkan BUFFER ZONE untuk menghalang pihak berkuasa tempatan dan pemaju perumahan, industri mahupun komersial untuk tidak membangunkan kawasan berkenaan. Kalau tidak, kita akan melihat kitaran sama yang berlaku kepada Kem Majidee, Pangkalan Udara KL, dan beberapa pangkalan serta depo Tentera Darat dalam kawasan Lembah Klang sendiri yang mengalami urban suppression yang sangat teruk sehingga terpaksa dipindahkan.

10. Soal tanah jual kat sapa tu kau majukan soalan dekat page Najibom, page Jabatan Perdana Menteri atau kau usulkanlah dekat Rafijiji tu. Ni page @MalaysiaMilitaryPower, bukan pejabat tanah dan bukan keje kami nak hurai kerja kerja yang bukan bidang kitaorang. Nak lagi best kau pegi panjat sendiri pejabat dia kat Putrajaya tak pun kau melutut la kat SUK Negeri Selangor tak pun daki pejabat Kementerian Wilayah dapatkan jawapan dari depa. Bukan keje kami nak tolong jawab bagi pihak PM. Pembelian tanah oleh pihak asing itu anda kena tanyakan pihak Kementerian yang berkaitan, bukan Kementerian Pertahanan dan saya sebagai penulis utama tidak akan menyentuh darihal perkara tersebut kerana saya tidak mempunyai bukti bertulis yang terdiri dari rangka projek, kertas kerja pembangunan, environmental impact assesment, senarai kontraktor dan subkontraktor hatta senarai perakaunan sekalipun jadi adalah tidak bijak bagi saya untuk melemparkan tuduhan yang hanya datang dari cakap-cakap orang politik dan penyokong politik fanatik yang jelas berbaur fitnah, mempunyai ciri-ciri fasiq dan hanya berasaskan persepsi dan tidak berlandaskan fakta sahih. Adakah anda mahu saya berspekulasi berdasarkan berita-berita media online yang dah terang dan jelas adalah aparat politik yang hanya memancing undi, atau page page yang dikendalikan oleh orang yang tidak mempunyai kredibiliti langsung?

10a. Jadi lontarkan soalan pembelian tanah dan urusniaga tanah tersebut kepada pihak yang sepatutnya. Suka saya maklumkan bahawa Kementerian dan TUDM memang bersetuju untuk berpindah -namun ini hanya akan menjadi realiti sehingga Sendayan siap sepenuhnya. Mereka tidak masuk campur urusan konsesi niaga atau kontrak pembangunan oleh Kementerian Kewangan dan aparat pembangunan mereka. Halakan soalan anda kepada pihak yang berkenaan dan bukan hentam kromo disini. Ini page military dan bukan page real estate property.

11.Dan isi penulisan ini penting yang mana, Pangkalan Udara KL tidak akan ditutup selagi fasiliti-fasiliti gantian masih belum siap, dan jangan mimpi lah wahai pemerintah untuk membina apa jenis projek pembangunan di kawasan tersebut selagi masih belum ada galang ganti. Kami suka untuk mengingatkan yang banyak sudah tanah milik tentera yang diambil tanpa galang ganti oleh pihak pemerintah samada pembangkang mahupun pemerintah federal seperti yang berlaku pada One Utama yang senyap tidak berbunyi (sebab yang develop tu pun ada dapat percent kat pembangkang). Kami menuntut agar pembangunan fasilitas gantian tidak terhalang atau terhenti oleh sabotaj pihak pemaju dan pemenang kontrak dan jika berlaku tindakan tegas mesti diambil sebagai pengajaran kepada yang lain - dan keutamaan adalah keselamatan nasional.

15.Komen bodohpolitik akan kami delete. Dalam ni takde freedom of speech. Tak suka. Fakof sebab kami bukan page batak like dan bukan page politik.

16. Pangkalan Udara KL memang tutup pagar time malam. Pagi bukak lagi pulak esok Isnin kerja. Kau apa tau.

17.Akhir kata, bebalpolitik dan bodohpolitik terdiri dari kalangan penyembah berhala Baziran Nazionalis dan juga Pakatan Haramjadah. Orang politik adalah makhluk yang paling tidak boleh dipercayai.

18. Berhenti dari menjadi bidak catur aturan politik yang keje dia nak korang terikut ikut trend depa supaya kau orang undi depa PRU nanti. Taatlah kamu dan setialah kamu kepada Seri Paduka Baginda dan Sokong Pasukan Keselamatan kita yang mana mereka inilah pelindung dan pemimpin sebenar negara ini, bukan 200 monyet2 dalam parlimen yang keje makan elaun 10 ribu sebulan tapi keje haram tak buat.

19. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

20. Sejarah Pangkalan Udara KL - Pangkalan ini merupakan pangkalan yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu oleh pihak Tentera Udara Diraja British. Secara rasminya pangkalan ini mula beroperasi pada 1 Jun 1941, dikenali sebagai Stesen RAF (Royal Air Force). Pegawai Memerintah pada ketika itu ialah Sqn Ldr C H Lucas.

Matlamat utama penubuhan pangkalan ini adalah untuk memudahkan operasi RAF bagi mempertahankan Tanah Melayu selain menjadi pusat perhubungan RAF dengan pangkalan di Seletar, Singapura. Sewaktu penaklukkan tentera Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, pangkalan ini berfungsi sebagai pusat pertahanan RAF. Pada tahun 1945 iaitu apabila Jepun menyerah kalah, pangkalan ini telah melalui proses pembaikan dan dibuka semula pada 1956. Pegawai Memerintah pertama selepas pengunduran tentera Jepun ialah Group Captain H E Warcup.

Sehingga tahun 1960, seramai tiga orang Pegawai Memerintah termasuk Group Captain H E Warcup telah memegang teraju pangkalan ini. Mereka ialah GP Captain H A S Disney mulai 16 April 1959 hingga 1 Julai 1960 dan Wg Cdr J A W Long mulai 1 Jul 1960 hingga 1 Oktober 1960.

Pada 25 Okt 1960, Kerajaan British secara rasminya menyerahkan pangkalan ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk kegunaan TUDM. Oleh kerana pada waktu itu TUDM masih kekurangan pegawai dan kebanyakan pegawai-pegawai yang ada merupakan pinjaman daripada negara asing maka Pegawai Memerintah pangkalan masih dipinjam dari Tentera Udara Diraja British. Sembilan tahun kemudian iaitu pada 31 Mac 1969, pangkalan ini diteraju oleh anak tempatan pertama sebagai Pegawai Memerintah iaitu Gp Captain Mohammed Taib.

Pangkalan ini merupakan asas kepada penubuhan TUDM. Dari sebuah lapangan terbang antarabangsa pertama di Malaysia, ianya terus berkembang dan menjadi nadi kepada pertahanan ruang udara Malaysia.

sumber : Malaysia Military Power

SHARE ON:

0 das tembakan!:

 
Top