..

lim-kit-siang-berita-palsu-dap" title=

Putrajaya perlu membubarkan jawatankuasa yang ditubuhkan untuk membasmi berita palsu dan menggantikannya dengan jawatankuasa dwi-parti parlimen, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Menurut Lim, jawatankuasa itu yang diketuai Menteri Undang-Undang Datuk Seri Azalina Othman Said tidak memberi keyakinan kepada orang ramai.

Lim melalui satu kenyataan berkata, dengan keanggotaan jawatankuasa itu yang terdiri daripada menteri kabinet, polis, Pejabat Peguam Negara, ahli NGO dan anggota parlimen, kemungkinan besar ia akan dijadikan 'senjata' oleh pihak berkuasa bagi menganiaya seteru politik.

Menurutnya lagi, jawatankuasa itu kelihatan tidak bebas kerana Putrajaya dan BN sebenarnya pengeluar terbesar berita palsu dan menambah ia ibarat "pencuri dmeminta supaya pencuri ditangkap".

Lim berkata demikian dengan merujuk berita palsu paling teruk yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak iaitu tuduhan DAP anti-Melayu dan anti-Islam.

Anggota parlimen Gelang Patah itu juga turut mempersoalkan sama ada jawatankuasa itu akan menyiasat Najib dan pemimpin Umno kerana menyebarkan tuduhan seperti itu.

-----

Persoalannya jika benar kenyataan PM Najib Razak mengenai DAP sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam itu "BERITA PALSU" atau "FITNAH", kenapa DAP tidak mengambil tindakan undang-undang kerana kenyataan tersebut dibuat secara terbuka di PWTC semasa Perhimpunan Agung UMNO? Sudah pasti PM Najib siap-sedia dengan pelbagai bukti jika dakwaan "BERITA PALSU" itu dibawa ke mahkamah.

Persoalan kedua, Dr Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan yang lebih teruk termasuk melaungkan Lim Kit Siang sendiri seorang yang "RACIST", kenapa boleh pula sekarang DAP bersetongkol dengan pengeluar "BERITA PALSU" tersebut?

SHARE ON:

0 das tembakan!:

 
Top