PH Terpaksa Namakan Calon PM Baru??? #1peluru


Penarikan balik darjah kebesaran Kelantan daripada Dr Mahathir Mohamad memberi isyarat jelas bahawa YDP Agung yang juga merupakan Sultan Kelantan tidak akan memberikan perkenan kepada Mahathir sebagai Perdana Menteri [kali kedua] sekiranya Pakatan Harapan [PH] berjaya mengambilalih Putrajaya. Perkenan YDPA adalah salah satu syarat pelantikan Perdana Menteri Malaysia.

Penarikan darjah kebesaran daripada Husam & Mahathir itu juga bayangan kepada rakyat Kelantan dan Malaysia khususnya siapa yang harus ditolak dalam PRU14 akan datang. Daulat Tuanku!!

Berita: Sehari selepas menarik balik darjah kebesaran Naib Presiden Amanah Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abd Rahim, Istana Kelantan mengambil tindakan sama terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber memberitahu FMT, makluman penarikan balik Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan itu dihantar ke rumah bekas perdana menteri itu di Seri Kembangan semalam.

Surat penarikan balik darjah kebesaran berkenaan bertarikh 6 Februari dan sumber memberitahu Dr Mahathir dalam proses menyerahkan semula pingat terbabit.

Semakan FMT mendapati Dr Mahathir menerima pingat DK itu pada April 2002, dianugerahkan oleh Sultan Ismail Petra, bapa kepada Sultan Muhammad V.

Semalam, media melaporkan Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran Kelantan yang membawa gelaran “Datuk” yang dikurniakan kepada Husam dan Abd Rahim.

Mereka menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat petang semalam, memaklumkan Sultan Muhammad V menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).

Sementara itu, Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim ketika dihubungi FMT memaklumkan tidak mengetahui sebab tindakan Istana Kelantan itu.

“Saya tidak boleh komen secara teperinci.

“Saya juga tidak tahu punca sebenar, saya mengetahui pekara ini melalui laporan akhbar,” katanya.

Pada Disember lalu, media melaporkan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor sebelum ini.

Pingat tersebut diserahkan selepas Dr Mahathir dikritik Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara yang diterbitkan The Star dan Utusan Malaysia selepas bekas perdana menteri itu merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “keturunan lanun Bugis”. -FMT

SHARE ON:

Comments