Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak bersetuju dengan pelantikan jawatan utama yang dibuat Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan menggesa beliau untuk meneliti semula keputusan itu.

Azmin berkata, pelantikan yang diumumkan tidak mencerminkan prinsip “fair and just representation” terhadap aspirasi ahli dan percaya ia tidak akan membantu parti terus maju ke hadapan.

“Beberapa individu yang dinamakan juga terlibat secara langsung dalam proses pemilihan yang tidak telus dan menyebabkan punca perpecahan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Anwar mengumumkan pelantikan Rafizi Ramli, yang sebelum ini tewas dalam pemilihan PKR pada Nov lepas, sebagai naib presiden parti.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu dan 2 lagi naib presiden dilantik, iaitu Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju, adalah antara 19 individu yang diumumkan untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Anwar berkata, pelantikan berkenaan melambangkan gandingan pimpinan dari seluruh negara yang pelbagai kaum, merangkumi tua dan muda, lelaki dan wanita.

Tambah Azmin, jawatan seperti setiausaha agung parti merupakan jawatan penting yang harus dipikul seseorang yang profesional dan berwibawa yang memahami tugas pengurusan dan pentadbiran.

Azmin merujuk kepada pelantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai setiausaha agung parti yang sebelum ini dilihat jelas berada dalam kem Rafizi, sewaktu pemilihan pada Nov lalu.

“Beliau perlu melaksanakan tugas selaras dengan keputusan parti yang dibuat secara konsensus dan bukan mengambil pendirian secara berasingan.

“Begitu juga pelantikan MPP yang seharusnya dibuat berdasarkan merit dan bukan sebagai imbuhan atau sogokan politik untuk meraih sokongan undi dalam MPP,” katanya.

Azmin berkata, beliau sendiri sudah merujuk perkara berkenaan kepada Anwar yang sudah sedia maklum dengan pendiriannya dan menggesa presiden parti memberi perhatian serius demi menjamin masa depan parti yang kukuh dan inklusif.

“Sesungguhnya, idealisme reformasi dalam PKR menuntut kita bergerak dengan kekuatan organisasi yang mantap dan meraikan kerencaman pandangan serta inklusif dalam menggarap seluruh kekuatan sumbangan anggota PKR.

“Pelantikan yang menyusul selepas pemilihan parti yang sengit perlu mengambil kira pandangan akar umbi dalam semangat musyawarah dan saling hormat-menghormati demi mengembalikan perjuangan parti ke landasan sebenar,” katanya.

SHARE ON:

1 das tembakan!:

Credit Financial Group said... June 13, 2019 at 1:18 PM

Apakah Anda seorang pebisnis / wanita atau pegawai pemerintah dan Anda ingin mandiri secara finansial dan menumbuhkan bisnis Anda ini adalah kesempatan Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman baik jangka panjang maupun jangka pendek, proses kami sangat sederhana dan mudah semua orang dapat mengajukan permohonan , Anda tidak harus terus menjadi tanggung jawab keuangan kepada siapa pun, hari ini Anda dapat memutuskan untuk memiliki kebebasan finansial Anda sendiri dan kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga Anda, kami sangat bersedia memberi Anda pinjaman pilihan Anda, berapapun jumlah yang Anda butuhkan, kami akan menyediakannya untuk Anda. Jangan hanya duduk di sana menyaksikan orang lain membuat kemajuan finansial, jika Anda ingin pinjaman ditambahkan ke modal Anda atau memulai bisnis Anda sendiri, ini adalah kesempatan Anda untuk menghubungi kami hari ini



Perusahaan: CREDIT FINANCIAL GROUP
E-mail: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
Whatsapp : +447480724786
BBM INVITES: {DDA46523}

 
Top