1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.
10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.
14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999
28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
Comments
bukan lagi tinggalkan satu peluru, hang dah jadi pembekal peluru. ha ha ha
Usaha yg sangat baik. Teruskan sdra.
p/s: http://laksabentan.blogspot.com
masih lagi mengatakan umno tolak Islam!!
geng dap & pgayr dibelakang siap bertepuk tangan lagi mendengar kebodohannya mengutuk sesama Islam. ajaran islam sebenar ka tu tok guru? nak berbincang dgn baik tak nak, banyak pulak bolak-balik dia. pentas politik juga yg dia gilakan...
mana datang rancangan2 tilawah yg dah bertahun berlangsung, rancangan2 agama ditv2 & radio2 kebangsaan & tempatan, pembinaan masjid2 & madrasah segenap negeri & kampung, surau2 di sepanjang lebuhraya, perkim, tabung haji, baitulmal, perbankan Islam, arrahn, universiti Islam, pusat2 kajian Islamiah bersumberkan AlQuran & Sunnah,sekolah2 agama kerajaan, mufti, kadhi, pegawai2 agama, guru2 agama, imam, khatib,siak hasil bantuan kerajaan & seribu satu benda yg tak larat kita senaraikan berkaitan agama Islam di negara kita ni!! dia tak nampak atau sengaja buat2 buta?
siapa n,ajiz tok guru kuat ceramah nak pertikaikan apa yg kerajaan dah lakukan jika dia sendiri tak pernah bina masjid di kelantan tapi boleh pula bina madrasah,muasasah, sekolah agama yg mendatangkan untung juta2 dlm kawasan lamannya!!! untung dunia peribadi dia semata...
tak payah menanti ustaz2 belaan pas yg mengajar. dah lama keluarga kami anak beranak, mak bapak, arwah tok nenek pandai mengaji AlQuran, berzanji, khatam, bertahlil & khatan serta menguruskan hal2 agama mengikut lunas2 Islam sebenar. kalau setakat ceramah sana sini tak payahla nak sombong kata puak2 tok guru saja isle...
"Punyai Kereta?
Jika Ya!! Diskaun Hebat Untuk Insurans Kenderaan Anda..
Penghantaran Road Tax Percuma Ke Seluruh Malaysia..
Sahut Cabaran Kami, Peluang Memenangi Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM100,000. Keterangan Lanjut, Layari : www.aiomits.com
Jangan Lupa Like kami di Facebook Pages!! : AiOMI T&S"
Sumber2 tu semua dari kaset ceramah/video ceramah. Memang dia cakap begitu, TV pernah siarkan.
Hmm, kalau baca lama2 apa yang dia cakap ni boleh pening kepala. Berpusing pusing macam gasing. Macam mana depa yang menjual nama Allah tu parti islam, dan UMNO yang dalam perlembagaannya "Mempertahankan Islam dan Bangsa Melayu" kafir?
Lepas tu dari dulu lagi dia tak mahu bermuqabalah dengan UMNO. bukan sebab lain, kecuali dendam kesumat. Kalau berpadu kedua-dua parti, Umat Islam pasti selamat
Sebab apa? Sebab mereka bukan parti PAS?
Yang lawaknya masa dia cakap "Persepakatan PAS dan Malaikat". Macam mana dia nampak malaikat, itukan makhluk ghaib
n bila tok guru b'ckp sememangnya beliau bkn mencarut,sebaliknya apa yg disampaikan beliau mempunyai makna2 yg tersirat..hanya mereka yg berhati terang je boleh faham makna tersirat tu....bkn yg berhati busuk n penuh hasad dengki!
Berita Najib tolak Hudud tak disiarkan langsung dalan Utusan Malaysia hahaaa,,,
RUGI JADI UMNO
KENA TIPU DENGAN MEDIA SENDIRI
DIBAGNAGKAN OLEH NAJIB
ngeeeeee
yang peliknya.... semua keburukan TGNA semuanya berkenaan dgn menegakkan agama ISLAM.. ada x kes TGNA di dakwa RASUAH? SALAH GUNA KUASA??? dan seangkatan dengan yang sinonim dgn masalah puak kerajaan???
semua keburukan TGNA semuanya berkenaan dgn menegakkan agama ISLAM..
................................
Menegakkan agama Islam ko cakap?
Buta tul lah ko ni. Apa yg dia dh buat dgn agama Islam? menghancurkan lg adalah. Bodoh x leh ajar ko ni.
Harakah tu lagi mengarut langsung tiada nilai ilmiah. Cerita sesuka hati. Sebab itu lah yang dok balas dalam komen ni pun otak ciput kerana baca surat khabar ciput.
Alasan yang diberi pun tahap ciput macam Tok Guru Ciput.
Sumber ciput hanya berligar di kalangan orang-orang ciput.
Macam kodok duduk bawah tempurung ciput.
Lingkuplah pengikut-pengikut PAS orang dah layar internet depa masih dok serang Utusan. Apalah ketinggalan zaman punya orang-orang PAS yang masih lagi berfikiran ciput...
cakap mcm cial la... ce gune otak cikit.. DAP or pew2 parti lain tu... masing2 ada objktif tersendiri.. cume owg tua mcm ko jew x tau...
http://www.youtube.com/watch?v=SLcPltL2NDc
bagi aku tak perlu dia nak huraikan segala benda ni secara tersirat ke apa, huraikan dengan jelas. jangan timbulkan keresahan pada orang lain.
ada org kata artis hina nabi takpe, tp Nik Ajis kata pasal nabi nak jadikan isu.
bagi aku sapa2 saje cakap bukan2 pasal Nabi, dia adalah manusia Laknat.
aku bukan pro UMNO mahupun PAS.
tapi meluat tgk bangsat2 yang rabun ni. orang politik bukan Tuhan yang nak disembah sampai segala benda tak betul pun buat2 tak nampak malah disokong lagi.
semoga Allah berikan hidayah buat kita semua.
Amin
admin BANkami