APA YANG DS ZAHID HAMIDI TAHU TENTANG CYBER WAR??!

UMNO perlu wujudkan unit tempur siber bersistematik: Ahmad Zahid

BENTONG: UMNO perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar. Malah, katanya, unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru itu.

"Berbanding pembangkang, mereka (unit siber) dikumpulkan dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan. Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang juga Ketua UMNO bahagian itu. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas, penting bagi menarik masyarakat khususnya golongan muda dan pengundi atas pagar daripada terjebak dalam dakyah pembangkang.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut meminta semua ahli UMNO memainkan peranan dalam memberikan penerangan mengenai dasar kerajaan dan tidak hanya berharap ia dilakukan oleh pemimpin mereka. - BERNAMA 2011/06/12
pertamanya gua nak tahu setakat mana ds zahid hamidi tahu tentang peranan atau perkembangan cyber war yang dimainkan oleh UMNO/BN secara langsung, atau blogger2 proUMNO/BN yang berjuang secara sukarela; bila dia sudah lebih 1 tahun tidak update blog, fanpage facebooknya cuma ada 20 orang 'like' dan cuma tweet melalui akaun twitternya sebulan sekali.

kenyataan ds zahid seolah2 menafikan peranan pejuang2 siber pro-UMNO/BN yang bertungkus-lumus berpencak di gelanggang maya selama ini demi membantu kemenangan BN dari PRK ke PRK, sehingga ke PRN sarawak tempoh hari.

mungkin ds zahid tidak pernah dikhabarkan tentang pujian media kepada pejuang2 siber pro-BN setiap kali kita memperolehi kemenangan dalam PRK. mungkin ds zahid terlepas pandang bila beberapa pemimpin, termasuk PM sendiri menyebut tentang peranan pejuang2 siber BN dalam kenyataan ringkasnya selepas kemenangan BN di PRN sarawak tempoh hari.

apapun pejuang2 siber BN bukan mahu hanyut dengan pujian, cuma penghargaan seperti itu akan menyemarakkan lagi semangat untuk berjuang dengan lebih gigih sehingga mencapai kemenangan hakiki pada PRU13.

mana ds zahid tahu tentang keberkesanan unit siber pembangkang? maklumat/statistik dari mana? atau hanya cuma persepsi sendiri? sedangkan hakikatnya pembangkang sendiri cuba meniru strategi kita yang mereka lihat tersusun dan efektif, walaupun terpecah kepada beberapa kelompok.

mengapa blogger sukar untuk berperanan secara sistematik? seperti gua sebutkan di sini (KLIK) kerana masing2 lebih pentingkan hits/ranking berbanding pengisian.

contohnya lihat saja blogger yang terbang ke sarawak untuk membantu kempen PRN. ada yang cuma asyik memasukkan entry berkaitan video seks anwar sahaja kerana isu tersebut boleh mendatangkan hits yang 'lumayan' ketika itu (sedangkan isu itu boleh diulas tanpa perlu datang ke sarawakpun). hingga isu2 lokal berkaitan sarawak tersisih, sedangkan black/white propaganda berkaitan isu lokal akan lebih terkesan di hati pengundi2 sarawak untuk diterjemahkan ke atas kertas undi.

mustahil untuk mengumpulkan semua blogger/cybertroopers pro-BN di bawah satu UNIT MEGA untuk kelihatan sistematik. ini kerana kebanyakkan blogger agak sukar untuk membuang ego sendiri. apa yang perlu sekarang biarlah semua 'unit' yang ada cuba menyusun strategi masing2 secara sistematik.

[panjang lebar sangat kalo gua nak cerita kat sini camana satu 'unit kecil' boleh menjadi sistematik... dan kelihatan EPIK bila unit2 ini bergabung melawan PRiot, bukan melawan sesama sendiri! nanti la gua ceritakan di lain kesempatan...]

errr... masalahnya bila ds zahid menyebut saja perkataan 'UNIT' maka ada la mangkuk-ayun yang tiba2 meroyan berparanoid menghentam satu pihak/individu dalam saf perjuangan yang sama. tanpa dia sedar berapa banyak UNIT tempur siber yang ada di bawah UMNO/BN secara langsung, berapa banyak UNIT tempur siber yang berada di bawah agensi, dan berapa banyak 'UNIT' yang 'bertuan'kan beberapa pimpinan UMNO/BN.

kepada mangkuk-ayun tu, sudah2 la nak melawan sesama sendiri. macam orang bebal pulak kalo orang tengok lu asyik nak meraban cari keburukan orang sedangkan lu sendiri tak pernah boleh tunjuk apa kebaikan lu!

baca ulasan 'berakal' mengenai hal ini di sini (KLIK!) & di sini (KLIK!)

Comments

matkilaupenang said…
terbaik dan terhebat bro,
musuh kita cuma satu mereka yang menentang umno dan kerajaan malaysia yang memerintah.matlamat serta tujuan untuk memenangkan BN dlm pru 13.depa nie ambil kesempatan aje.
Salam Bro.
Sebenarnya statement zahid tu ditujukan to one and only cyber trooper Umno yang mengaku hebat selama ini.Rasanya tkde kena mengena dengan kita blogger pro Umno/BN bebas ini.

Ramai yang dah tahu siapa tapi nak sebut nama kat sini tak syok pula.
Blogger mula dengan Media...he he he
Kamaluddin said…
Yang boleh diterima dari cakap Zahid tu 'LEBIH SISTEMATIK'

Biasanya lepas PRK blogger pro UMNO/BN akan bergaduh sesama sendiri.

Ahmad Maslan diam sahaja ikut cakap 1 pihak.

Sekarang ni ikut masing2 tak organize termasuk saya mungkin.
Anonymous said…
sekaranglah nak jadi hero....tapi apakan daya...blogger bukan boleh dilahirkan dalam satu malam...zahid hamidi terketepi dalam arena presepsi alam maya kerana alpa menidakkan keupayaan media baru...skg nak jadi hero...sapa nak dana pergilah jumpa zahid...itu ayat2 hint suruh mai datang jumpa......kakakakakakakakakaka itu pun tak bleh nak baca lagi ka?
Anonymous said…
Alahai ... sapa tak tau lu cari makan utk UMB

Tun Faisal tu conman ... tak usah nak komen orang lain.

Group UMB are irrelevent

Kalau Zahid nak mantapkan melalui UMB, dia akan hanya melancap syok sendiri.

Bloggers tak respect Tun Faisal dan UMB.
Salam Anon 12:59AM.
Ish...Ish terbongkar juga siapa.
Dia ada pangkat Tun,tinggi tu bro..
SLING SHOT said…
Salam bro..

Udah-udah ler tuh... moh jer kita terus hentam dan tibai fuckatan rakyat dan pandikutty anwar ni daripada terus berjangkit dan merebak..After all pun kita buat bukan sebab arahan daripada sapa2 pun..kita bersuara kerana kesedaran dan keinsafan dalam diri.. Dato Zahid dia nak cakap apa pun itu hak dia...tapi satu perkara dia kena ingat..kalau tak disebabkan blogger2 pro kerajaan ni menulis dan menyokong kerajaan BN jangan harap BN boleh terus bertahan sampai sekarang..tak kaya-kaya pun dan tak mewah-mewah pun..jadi tak perlulah nak bersistem dan sebagainya... kita tahu kerja kita.. bukannya kita yang nak jadi calon dalam pilihanraya.. orang buta hati buta mata saja yang tak tau menilai...
daudi said…
cyber troopers pro kebenaran berada dlm momentum terbaik hari i ni kalau diambil kira perkembangan sejak tahun 2000. Tahniah bro, teruskan berjihad, segalanya terletak pada niat. Semoga terus berada di puncak.
Anonymous said…
kalau nak nama naik berjihad kepala hotak ko...malu aku orang Islam gini..
Anonymous said…
Peranan bloggers yang tidak kenal penat lelah mematahkan setiap gerakan pembangkang untuk memusnahkan negara perlu dihargai. Syabas dan sentiasalah berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara. Terima Kasih!
Anonymous said…
Mmg terbaik & terhebat..!!

Diskaun Hebat untuk Insurans Kenderaan, Penghantaran Percuma Untuk Cukai Jalan, Tiada Sevice Charge!! Sahut Cabaran kami untuk menang Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM 100,000 keterangan lanjut layari :-
www.aiomits.com