..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Rais: Telco setuju tangguh kuat kuasa cukai enam peratus
September 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telco) mudah alih bersetuju untuk menangguhkan penguatkuasaan cukai enam peratus ke atas pengguna kad prabayar — ekoran tekanan pelbagai pihak sejak minggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar di atas, kiri) berkata, keputusan itu akan berkuat kuasa sementara perundingan diadakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, opsyen untuk hanya mengenakan cukai perkhidmatan ke atas pek permulaan sedang dipertimbangkan. - TMI

gua dah bangkitkan mengenai isu cukai perkhidmatan prabayar 6% DI SINI (KLIK)

keputusannya sekarang - TANGGUH! tangguh selama mana tu? 6 hari? 2 minggu? mahu tak mahu rakyat terpaksa juga menelan hakikat membayar cukai perkhidmatan prabayar bila menteri SKMM/KPKK (rais yatim) tidak boleh bertegas melayan karenah kapitalis telco yang tidak puas2 memeras poket pengguna untuk mengaut untung berlipat kali ganda.

kenapa TANGGUH, bukan BATAL saja?? SKMM ada hak untuk menamatkan lesen mana-mana syarikat telco yang tidak mengikut syarat... mengapa tidak kenakan terus syarat - cukai perkhidmatan harus ditanggung oleh telco sampai bila2! selama mereka menanggung cukai perkhidmatan itu syarikat2 ini tetap untung berbillion setiap tahun...

sebelum ini cukai prabayar 5% diserap terus ke dalam harga perkhidmatan tersebut. maknanya jika kita beli top-up RM10, sebenarnya 50sen adalah cukai perkhidmatan yang telah dikenakan. bila jumlah cukai naik kepada 6% kapitalis2 ini cuba membebankan pengguna mereka kerana tahu pengguna tidak mempunyai pilihan atau option lain... mengapa tidak potong terus 60sen dalam harga top-up sebaliknya ingin membebankan pengguna dengan bayaran lebih? atau langkah paling bijak kurangkan harga promosi panggilan seperti 28 sen seminit kepada 27sen seminit... 1sen bagi setiap minit panggilan dipotong bagi menyerap cukai perkhidmatan. dari top-up RM10 dah lebih dari 6% yang boleh syarikat telco kaut!

(pengguna = BACA:RAKYAT!!)

bagi yang sebutkan rais yatim tiada kena mengena mengenai isu ini, cuba semak balik kenyataan dari SKMM sendiri...

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin menjelaskan mengenai pelbagai laporan yang dipaparkan oleh media mengenai keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan stesen TV berbayar Astro untuk menaikkan kadar harga langganan.

SKMM ingin menyatakan bahawa Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) memberi kuasa kepada Menteri untuk campur tangan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi untuk kepentingan orang ramai. Proses Siasatan Awam bukanlah pra-syarat kepada perlaksanaan seksyen Akta tersebut. Ini bercanggah dengan ulasan yang dibuat oleh beberapa media bahawa Siasatan Awam perlu diadakan sebelum Seksyen 199 di bawah AKM berkenaan penetapan harga oleh Menteri digunapakai. Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi danmultimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital.

AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya. Untuk maklumat lanjut, layari www.skmm.gov.my


Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) memberi kuasa kepada Menteri untuk campur tangan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi untuk kepentingan orang ramai...

AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.


Bukan salah SKMM, tapi salah menteri SKMM... siapa menteri SKMM/KPKK??
Jangan sampai isu ASTRO akan berulang kepada isu PRABAYAR kerana tekanan yang lebih teruk akan ditanggung oleh KERAJAAN/BN bila semua keputusan bahalol bagai menjerut tali di leher sendiri!
.

4 das tembakan!:

Anonymous said... September 12, 2011 at 5:40 PM

rais yatim patut pencen saja dari politik,duk diam jer kt umah main sorok2 ngn anak bini..kalau dah kata tangguh maka kemungkinan besar 6% tuh akan jadi kenyataan,mungkin selepas pru13..wahai rais yatim tahu ke ngko org yg guna prepaid ialah golongan miskin !!

Org miskin ini skrg tngah berhempas pulas membantimg tulang bergelut dgn kos sara hidup yg makin meningkat!! Kenaikan kos prepaid menambahkan lagi penderitaan golongan ini..pak rais mungkin tidak merasa penderitaan mereka kerana anda berada di gua harta!! Tlg lah jgn tmbahkan lagi bebanan kami !!!. Batalkan terus cadangan 6% yg mencekik darah tuh !! Kenaikan itu tidak masuk akal sedangkan dgr kadar sekarangpn telco2 ini mengaut keuntungan berbilion ringgit setiap tahun !!! tolonglah !!

Anonymous said... September 12, 2011 at 6:36 PM

Kalau terkini sudah ada 25 juta pengguna telipon bimbit, saya rasa sudah ada kuasa pasaran ala kapitalis yang bolih menguntungkan penguna.
sesiapa yang ada syarikat di bursa saham malaysia , mohon lah lesen buat syarikat Kooperasi TELCO khusus hanya untuk SMS dan panggilan suara saja.Yang asas saja macam LCC .now everyone can phone-talk-text.
Saya rase mudah sangat,
1 saham 1 ringgit.
1 lot minima 10 saham.
Bolih dapat 20 juta penguna, modal terbayar 20 juta kali 10RM, jadi 200 juta.
semua sistem sudah off the shelf dan plug in aje.
Semua bolih jadi ajen.
Ada sesiapa yang bolih terajui ini?-----Sdr Peluru saya lantik jadi Pengerusi.
arjuna waspada
changkat lobak.

Keris 7 Lok said... September 12, 2011 at 7:53 PM

http://keris7lok.blogspot.com/2011/09/peristiwa-912-atau-911.html

usin said... September 12, 2011 at 11:50 PM

tangguh maknanya cukai 6% tu ditanggung oleh telco dan dibayar kpd kerajaan. telco yg serap cukai tu & tidak dialihkan kpd pengguna. batal maknanya cukai 6% tu telco tak payah bayar kpd kerajaan & tiada juga alihan cukai kpd rakyat. kerajaan tak dpt la cukai tu. so, pikirlah sendiri mana yg baik. kalau aku pilih tangguh sampai bila2. biar telco yg tanggung sbb tiap2 tahun untung bilion. jgn tamak sgt, duit banyakpun bukan boleh bawak mati...

 
Top