Rais: Telco setuju tangguh kuat kuasa cukai enam peratus
September 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Sept — Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telco) mudah alih bersetuju untuk menangguhkan penguatkuasaan cukai enam peratus ke atas pengguna kad prabayar — ekoran tekanan pelbagai pihak sejak minggu lalu.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar di atas, kiri) berkata, keputusan itu akan berkuat kuasa sementara perundingan diadakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Katanya, opsyen untuk hanya mengenakan cukai perkhidmatan ke atas pek permulaan sedang dipertimbangkan. - TMI
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin menjelaskan mengenai pelbagai laporan yang dipaparkan oleh media mengenai keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan stesen TV berbayar Astro untuk menaikkan kadar harga langganan.
SKMM ingin menyatakan bahawa Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) memberi kuasa kepada Menteri untuk campur tangan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi untuk kepentingan orang ramai. Proses Siasatan Awam bukanlah pra-syarat kepada perlaksanaan seksyen Akta tersebut. Ini bercanggah dengan ulasan yang dibuat oleh beberapa media bahawa Siasatan Awam perlu diadakan sebelum Seksyen 199 di bawah AKM berkenaan penetapan harga oleh Menteri digunapakai. Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi danmultimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital.
AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya. Untuk maklumat lanjut, layari www.skmm.gov.my
Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) memberi kuasa kepada Menteri untuk campur tangan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi untuk kepentingan orang ramai...
AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.
Comments
Org miskin ini skrg tngah berhempas pulas membantimg tulang bergelut dgn kos sara hidup yg makin meningkat!! Kenaikan kos prepaid menambahkan lagi penderitaan golongan ini..pak rais mungkin tidak merasa penderitaan mereka kerana anda berada di gua harta!! Tlg lah jgn tmbahkan lagi bebanan kami !!!. Batalkan terus cadangan 6% yg mencekik darah tuh !! Kenaikan itu tidak masuk akal sedangkan dgr kadar sekarangpn telco2 ini mengaut keuntungan berbilion ringgit setiap tahun !!! tolonglah !!
sesiapa yang ada syarikat di bursa saham malaysia , mohon lah lesen buat syarikat Kooperasi TELCO khusus hanya untuk SMS dan panggilan suara saja.Yang asas saja macam LCC .now everyone can phone-talk-text.
Saya rase mudah sangat,
1 saham 1 ringgit.
1 lot minima 10 saham.
Bolih dapat 20 juta penguna, modal terbayar 20 juta kali 10RM, jadi 200 juta.
semua sistem sudah off the shelf dan plug in aje.
Semua bolih jadi ajen.
Ada sesiapa yang bolih terajui ini?-----Sdr Peluru saya lantik jadi Pengerusi.
arjuna waspada
changkat lobak.