SIAPA YANG BERGADUH, SIAPA YANG ASYIK CARI GADUH??!



Artikel ini merujuk kepada entri asal dalam blog ini (KLIK SINI) supaya masyarakat di luar sana lebih faham mengenai situasi sebenar pertelingkahan antara kumpulan atau individu tertentu di dalam ruang blogosfera politik Malaysia. Maaf gua tidak sempat mengulas lebih panjang sebelum ini...  so here is from my point of view:

UMB (Unit Media Baru - sebuah unit di bawah Pergerakan Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz diberikan oleh amanah oleh ketua PPUM, Khairy Jamaluddin untuk mengendalikannya) sedari awal tidak pernah mempertikaikan sebarang peruntukan yang diberikan kepada mana2 kumpulan atau individu lain dalam misi perang siber untuk membantu parti/kerajaan.

Kepada yang telah lama memerhatikan 'perang-saraf' sesama sendiri ini mungkin faham atau boleh menilai siapakah yang asyik memulakan pertelingkahan di medan internet. Ada pihak yang sengaja menghangatkan suasana, ada pihak yang menyambut tanpa usul-periksa dan ada pihak yang terpaksa menjawab untuk mempertahankan diri.

UMB dan pengerusinya, Tun Faisal telah lama diserang dengan pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas sejak PRK Kerdau/Merlimau. Gua sendiri telah struggle bersama UMB lebih dari 2 tahun, ramai yang tahu bagaimana suffer yang gua lalui sepanjang tempoh itu. Jika UMB mendapat peruntukan sejak dulu (selain semasa PRK) gua tak perlu buat 3-4 kerja untuk teruskan survival hidup, just blogging dan hasilkan produk2 kreatif untuk UMB.

Kini bila tiba masa UMB merasa sedikit nikmat rezeki untuk bergerak secara lebih tersusun & efektif, sekali lagi ada individu & puak2 yang meroyan penuh paranoid. Hakikatnya semua telah mendapat bahagian masing2, jumlahnya mungkin mengikut proposal & perancangan masing2. Malah kami tidak pernah terasa hati atau merasa tidak adil jika ada pihak yg hanya menumpukan kepada blogging mendapat lebih dari UMB yang menggerakkan strategi lebih dari blogging -- mencangkupi kerja2 kreatif, media sosial, latihan serta propaganda online & offline.

Gua sendiri sudah letih melayan situasi sebegini. Gua impikan betapa kuatnya serangan siber BN menentang PR durjana jika semua strategi psy-war yg ada di bawah PAPAGOMO, hujah intelektual di bawah BLOGHOUSE dan kreativiti yang ada dalam UMB bersatu hati kembali untuk menumpaskan musuh!

Jikapun tiada ruang untuk bersatu, better semua tarik handbrake dan tumpukan kepada kerja masing2... perang belum tamat... PRU13 sudah semakin dekat!

Di bawah ini pula jawapan Tun Faisal sendiri mengenai kenyataan yang dibuat oleh penulis mynewshub.my terhadapnya:

Maaf sdr penulis artikel di atas. Sebagai Pengerusi UMB dan mewakili diri saya sendiri, saya ingin membetulkan fakta dan konteks tulisan sdr. Saya harap melalui penjelasan ini sdr boleh betulkan tulisan sdr agar tidak memanjangkan fitnah dan pembohongan terhadap UMB dan diri saya tanpa sdr sendiri sedar.


Pertama, saya tidak pernah menyerang mana-mana blogger lain, sebaliknya jika sdr kaji, blogger tertentu ini yang memulakan serangan terhadap saya terlebih dulu. Tulisan saya hanyalah selepas serangan berulang kali dibuat terhadap saya dan UMB. Sdr boleh kaji dan kumpulkan, kemudian hitungkan berapa banyak artikel yang menyerang saya dengan menceritakan pelbagai pembohongan. Saya bertanggung jawab untuk menjelaskan keadaan sebenar. Sekiranya saya tidak mempertahankan diri dan menjelaskan keadaan sebenar, maka saya tidak berlaku adil terhadap UMB dan rakan-rakan bloggers dan pejuang siber lain yang bernaung di bawah UMB.


Kedua, eloklah diselidik dulu keadaan sebenar, niat pihak yang menyerang saya dan UMB serta tujuan mereka sebelum menuduh saya kerana tulisan sdr menyebabkan saya terpaksa menulis untuk menjelaskan keadaan. Saya boleh mendedahkan banyak perkara untuk mempertahankan diri saya, tetapi sebagai pemegang jawatan, saya lebih mengutamakan kepentingan institusi.


Tulisan sdr salah dr segi kronologi, fakta dan konteks. Mungkin elok dibetulkan sekiranya sdr mahu berlaku adil kepada saya dan UMB.


UMB sedang fokus untuk menghadapi PRU13 dan tidak berminat untuk terlibat dengan pertelingkahan peribadi dan kumpulan. Sehingga kini ranking Top 20 blogger Pro-kerajaan didominasi oleh UMB. Lebih separuh dari blogger dalam ranking Top 20 adalah dari UMB. Suka saya maklumkan sdr juga, UMB bukan sekadar blogger dan dunia blogging, tetapi lebih dari itu. Jadi jangan disempitkan skop pemerhatian kita hanya kepada dunia blogging.


Terima kasih.


Tun Faisal Ismail
December 18, 2011 8:18 PM


Comments

Anonymous said…
betoi tu... xyah gado-gado lg... wat keje masing2 sudaaa!