PAPAGOMO 'SERANG' VC UiTM... GAME PLAN SIAPA?? @DatoSahol @NajibRazak


Bukan mahu mengeruhkan kolam perjuangan sesama rakan2 blogger... Ini mungkin penjelasan, mungkin teguran, mungkin kenyataan yang terpaksa kita telan secara positif. Sebarang situasi kita harus melihat dari mata burung, bukan dari bawah tempurung supaya minda tidak terpelosok dalam ruang yang terbatas. Ini sekadar pencerahan...

Apa istimewanya Naib Canselor UiTM sehingga blogger hebat seperti Papagomo membuat satu entri khas - edisi pagi (headline -KLIK!) menyambung propaganda lidah rasmi pembangkang, MALAYSIAKINI - dan disambut serentak oleh beberapa orang blogger pro-BN lain? Benarkah apa yang cuba didedahkan oleh PapaGomo untuk menyucikan palit2 noda pada satu badan yang berkaitan dengan kerajaan?

Game plan & mastermindnya sudah dihidu, sudikan membaca entri ini hingga ke akhiran...

KORUPSI istilah yang tidak tepat untuk mendefinisikan permasalahan ini memandangkan Dato Sahol tidak pernah disabitkan dengan kesalahan selepas siasatan BPR. Kedua orang anaknya melalui proses rutin dalam permohonan biasiswa STPM UiTM, dan memang selayaknya mereka memperolehi berdasarkan keputusan akademik mereka yang cemerlang.

NEPOTISME jauh sekali bila tiadapun arahan bertulis atau lisan Dato Sahol mengarahkan pegawai pemilih menerima permohonan anak-anaknya. Jadi semua yang berlangsung adalah telus dari sisi UNDANG-UNDANG & MORAL.

Jika ikhlas niat untuk menyuci noda; mengapa noda RM240 juta cuba ditutup dengan najis lembu, sedangkan jumlah yang tidak mencecah ratusan ribu sebagai inisiatif menjadi pendidik anak bangsa diheboh-hebohkan?? Ok... tunggu BOM RM240 juta akan meletup nanti! Kali ini tanpa prejudis - ikhlas untuk menyucikan noda dalam UMNO/BN! Buang buruk!

Game plan & mastermindnya siapa? Sebenarnya gua takkan dedahkan dalam entri kali ini... cukup dengan memberi sedikit clue -- fakulti C****S!! Jika isu ini cuba dipanjangkan, kami akan dedahkan dengan lebih detail setiap individu yang terlibat dan objektif mereka berbuat demikian... Semuanya isu dalaman UiTM yang berpunca dari khianat & dendam! Cuma sedihnya bila ada rakan blogger yang turut memain peranan... jika tidak tahu-menahu isu sebenar, mungkin janji imbalan balik selepas misi mustahil ini tertunai!

Jangan fikir cerita ini habis di sini... ini baru prolog, dudes!! Ada lagi yang akan menyusul... =)

Sepertimana PapaGomo respek dengan kerja2 gua, gua juga respek dengan kerja2 PapaGomo. Respek kerja tidak bermakna respek attitude... Tapi akhirnya gua respek juga attitude PapaGomo bila tidak menapis komen2 yang memberi pencerahan terhadap situasi sebenar...


baca juga mengenai isu ini di

Comments

Anonymous said…
Hi
Tiada pun arahan betulis atau lisan.Mungkin ada arahan Viva.Lidah,Molots,Bibir,Mata.SMS,Telicom maysia

wawa
Konda Kondi said…
http://keris7lok.blogspot.com/2012/02/pandangan-pelajar-uitm-berkenaan.html
Anonymous said…
rajib dgan gomo sesuai sgat la tu bgabung..... sama2 tukang carut, sama2 tukang lucah.
Anonymous said…
Ni lebih kepada kes dengki ke dato sahol ni. Anak dia tak dapat pun scholarship itu akhirnya. Rata2 ramai yang tahu siapa dalangnya dalam kes nak menjatuhkan imej baik dato sahol. Saya dah bertahun kat uitm, tahu political feud sebenar yg berlaku. Ni pembuatan jijik yg dilakukan oleh professor gila dan geng yg cemburu dengan dato sahol. Malah, masa dato sahol berkhidmat dalam uitm sblm jadi vc sy dah nampak terlalu banyak kes penganiayaan terhadap beliau oleh geng professor kang kung yang suka mencocok dan gila ini. Dengan ikhlas, saya rasa dato sahol adalah the real warrior in this case. Saya tak hairan jika prof gila ni sanggup membayar blogger hanya kerana nak jatuhkan dato sahol. Sesungguhnya Allah mendengar dan membantu mereka yang dizalimi. Dato sahol, saya tahu perkara sebenar kerana saya dah nampak penganiyaan yg dilakukan ke atas dato dengan mata sendiri. Banyak kali sy nampak dah. Sabar dato. Doa saya bersama dato.
Anonymous said…
Aku rasa ada orang bayar bloggers supaya tulis buruk2 pasal vc aku. Confirm kes dendam ni. Perebutan pangkat macam bunyinya juga ni. Aku banyak dengar juga ttg politik yg berlaku dlm uitm sejak dari mantan vc. Tapi setelah tengok semua pihak aku sanggup berjuang untuk vc aku yg kini iaitu dato sahol. Aku tak perlu di bayar untuk tulis blog yang baik dan perkara sebenar! Dato sahol banyak dah tolong aku dan kawan2 aku. Dan aku tahu dia ikhlas. Senangnya nak jumpa dia sebagai vc dan aku jelas ttg pengorbanan beliau selama ini membantu org yg memerlukan. aku akan backing vc aku anytime! Tak payah bayar pun! Aku ikhlas sb aku rasa itu tanggungjawab aku untuk membalas jasa beliau dan juga mempertahankan org yg dizalimi. Dato sahol still i cant thank u enough on what you have done for me and many others! You will never walk alone dato!
Anonymous said…
Saya kenal dato sahol secara peribadi, saya kawan dengan anak vc ni! Dato sahol tak terlibat dalam rasuah supaya anak beliau dpt scholarship......anak dia layak sangat dpt scholarship tu! They deserve it due to merit, their spoken english is excellent, their public relations is outstanding, their grades are superb! They beat many other candidates by far in many ways! ........Tapi saya pun tahu nasib anak dato sahol dalam mendapatkan scholarship tu, mereka iaitu musuh uncle sahol saya ni tarik scholarship tu........dato sahol and family are very nice sincere and humble people. Those whom purposely try to tarnish his name has their dirty personal and political agenda. I know who they are. One of them is mentally crazy dengan masalah bipolar disorder nya, nak main perang saraf la konon, mentah2 ada bk ground perang saraf, yg sorang lagi tu misai tebal, haa ni mmg dengki tak habis, benci tahap gunung sb tak boleh tengok dato sahol lebih hebat dari beliau, sorang lagi dah tua tak sedar nak berhenti menyebarkan fitnah, pompuan pun ada, gemuk putih juga suka sebar fitnah, dan ramai lagi, tak larat nak sebut satu2. Tapi percayalah dato sahol TIDAK BERSALAH dan hanya mereka ni yg tak puas hati ni berusaha keras untuk menjatuhkan kawan ayah saya yang baik ikhlas ini. Mereka memanupulasikan fakta. Benda kecil juga mereka perbesarkan.
NSK said…
Pernah berkhidmat di dunia IPT nie...
Mmg diakui, politik glgn bijak pandai nie sgt busuk dan lbh buruk dr politik dunia sebenar.
Akibatnya org melayu bumiputera jgk yg jd mangsa...
Anonymous said…
Sy dr fak masscomm uitm shah alam, sy kenal anak vc ni yg sulung tu. tiap tahun anugerah dekan, pelajar cemerlang, berbakat besar. Kasihan dia tak dapat biasiswa itu akhirnya. Otherwise she would have been an asset to our mass comm faculty. Shame. Sy tahu al kisah sebenarnya dalam hal biasiswa tu. anak prof sahol sepatutnya dapt biasiswa tu. tp malangnya ada campur tangan politik dari pihak yg cemburu ke prof sahol tarik scholarship tu. tahu je la siapa. Tak lain dan tak bukan dari orang yang sama membenci prof sahol dari dulu lagi. Sedih tengok cam mana sesetengah ahli akademik yg gila kuasa serang orang lain yg menjadi pesaing nya. Yg penting prof sahol kena banyak bersabar, ramai yg tahu the true story pun, so kami takkan termakan dengan cerita cerita palsu yg dimanupulasi oleh pihak tersebut. Kalau saya kan prof, sy akan saman je mereka ni. No mercy prof, press charge against them.
Anonymous said…
People please expose org gila yg buat jahat ke ayahanda kami tu! Ayahanda sahol, saman je mereka ni semua, saman blogger dan juga tuan yg menyuap blogger tersebut! Jangan biarkan mereka terlepas ayahanda! Pada mereka yg cuba memfitnah dan memalukan ayahanda sahol kami, kami akan pastikan kamu akan diheret ke mahkamah!
Cheguman said…
Politik dalam pentadbiran universiti sudah lama berlaku. Lebih malang lagi apabila pensyarah aliran kiri cuba menguasai pentadbiran.
NSK said…
Setuju dengan pendapat cheguman...
Malah ramai lg para pensyarah yg semakin galak menghasut pljr supaya membenci kerajaan...
Tapi apa nak buat, sedangkan Timbalan Menteri pun ok jer... katanya keterbukaan pemikiran. Politik Baru kononnya.
Anonymous said…
As a leader its almost impossible to please everyone. Jangan pula kata mereka yang support kaki bodek atau orang‘yes sir’ sahaja. Macam saya, saya mmg suka dgn kepimpinan Dato Sahol di uitm. Saya lihat banyak transformasi positif yang telah dilakukannya. Beliau ambil berat ttg warga uitm, dia bukan jenis yang cakap lain, buat lain, seperti apa yang satu golongan kecil kata. Org yang menentang tu maybe tak setuju dengan kepimpinan Dato Sahol. Itu adalah hak mereka. Tapi sesetengah golongan yang tak puas hati ni, kebencian mereka kerana tidak see ‘eye to eye’ dengan pemimpin menjadikan mereka ular berbisa dimana mereka mula membuat rancangan untuk menjatuhkan pemimpin hanya mungkin kerana perbezaan pendapat ttg satu perkara kecil yang mereka anggap besar, tak puas hati dengan keputusan yang dilakukan oleh pemimpin yang tidak menyebelahi mereka & etc. dalam isu nak jatuhkan vc uitm ni sebenarnya kes dalaman, masalah bermula bila perkara yang dilaksanakan tidak menyebelahi sesetengah pihak. contohnya bila tak disambung kontrak samada sebagai kakitangan, dekan, pengarah, ketua atau inginkan sesuatu pangkat dan jawatan tapi xdpt. Mereka ni marah, x sedar knp dirinya x disambung @ x dpt, so sb x puas hati mulalah meroyan, kutuk, nak sabo & etc. Tahu ke kuasa veto x ada pada vc uitm sepenuhnya, not this vc, but I don’t know abt the one before. Dalam hal dato sahol, beliau mempraktikkan kepimpinan bersama, sebab itu perihal menyambungkan kontrak atau memilih seseorang itu sebagai ketua dan etc, akan ada komitee yang membantu Dato Sahol dalam proses membuat keputusan. Dato Sahol hears facts and opinions from diff perspectives. If majority in the committee supports a certain decision even though it is against the vc’s decision, then the decision will according to majority. You see, the vc n mngt team is all 4 making uitm improve as an institution, that’s all. Those who don’t agree with some of the decision made by vc and komitee mula lah cakap vc ni merosakkan uitm lah, vc patut diganti dengan orang lain yang sehaluan dengan mereka la. Macam itu lah tabiat orang kita. Bila orang x setuju dengan kita, mula lah kita anggap org tu sbg org paling teruk sekali. Mulalah mengumpat, spread rumors, burukkan org tu sabo, tulis blog buruk, surat layang la. Jijik betul tabiat kita ni. Pernah juga sesetengah keputusan yang dibuat Dato Sahol n management team tidak memihak kepada saya dan beberapa warga uitm, tapi keputusan yang dibuat berpihak kepada majority warga uitm as a whole. Kita kena tengok dari sudut lain, dari sudut yang lebih besar, dan bukan hanya pentingkan diri sendiri. Saya bukan pembodek dan saya bukan’yes sir’ punya orang. Sebab bila saya bercakap positif ttg Dato Sahol, mula lah org yang anti dgn beliau cakap saya ni kaki bodek. Ni biasa, orang kita mmg perangai mcm tu. Sangat immature org kita kadang-kadang. Saya Nampak kepimpinan Dato Sahol macam mana. Dato Sahol dan management hanya mahukan the best untuk uitm yg banyak potensi ini. Jangan lah kita merosakkan rancangan mereka untuk menaikkan nama uitm. Cuba lihat achievement uitm setakat ini semenjak Dato Sahol menjadi vc, banyk. Berapa banyak orang dah beliau dan management bantu? Beribu-ribu. Kenapa kita tak Nampak semua ini? Semenjak Dato Sahol jadi vc, dah pun ada warga uitm yang sambung belajar ke Harvard. Ini adalah satu achievement yang besar. Banyak lagi kejayaan yang Dato Sahol lakukan untuk uitm dengan kerjasama warga uitm yang Nampak hala tuju bagus vc kita ni. Jika uitm naik, kita sama-sama akan untung. Jika kita tak puas hati sebab tak disambung jawatan, tak dinaikkan pangkat, tak dapat apa yang kita nak, Tanya diri dulu, kenapa? Everything in uitm ada black and white. Jika kita tak dapat naik pangkat, maybe sebab kita tak cukup syarat. Fikir kan lah!