Bukan mahu mengeruhkan kolam perjuangan sesama rakan2 blogger... Ini mungkin penjelasan, mungkin teguran, mungkin kenyataan yang terpaksa kita telan secara positif. Sebarang situasi kita harus melihat dari mata burung, bukan dari bawah tempurung supaya minda tidak terpelosok dalam ruang yang terbatas. Ini sekadar pencerahan...
Apa istimewanya Naib Canselor UiTM sehingga blogger hebat seperti Papagomo membuat satu entri khas - edisi pagi (headline -KLIK!) menyambung propaganda lidah rasmi pembangkang, MALAYSIAKINI - dan disambut serentak oleh beberapa orang blogger pro-BN lain? Benarkah apa yang cuba didedahkan oleh PapaGomo untuk menyucikan palit2 noda pada satu badan yang berkaitan dengan kerajaan?
Game plan & mastermindnya sudah dihidu, sudikan membaca entri ini hingga ke akhiran...
KORUPSI istilah yang tidak tepat untuk mendefinisikan permasalahan ini memandangkan Dato Sahol tidak pernah disabitkan dengan kesalahan selepas siasatan BPR. Kedua orang anaknya melalui proses rutin dalam permohonan biasiswa STPM UiTM, dan memang selayaknya mereka memperolehi berdasarkan keputusan akademik mereka yang cemerlang.
NEPOTISME jauh sekali bila tiadapun arahan bertulis atau lisan Dato Sahol mengarahkan pegawai pemilih menerima permohonan anak-anaknya. Jadi semua yang berlangsung adalah telus dari sisi UNDANG-UNDANG & MORAL.
Jika ikhlas niat untuk menyuci noda; mengapa noda RM240 juta cuba ditutup dengan najis lembu, sedangkan jumlah yang tidak mencecah ratusan ribu sebagai inisiatif menjadi pendidik anak bangsa diheboh-hebohkan?? Ok... tunggu BOM RM240 juta akan meletup nanti! Kali ini tanpa prejudis - ikhlas untuk menyucikan noda dalam UMNO/BN! Buang buruk!
Game plan & mastermindnya siapa? Sebenarnya gua takkan dedahkan dalam entri kali ini... cukup dengan memberi sedikit clue -- fakulti C****S!! Jika isu ini cuba dipanjangkan, kami akan dedahkan dengan lebih detail setiap individu yang terlibat dan objektif mereka berbuat demikian... Semuanya isu dalaman UiTM yang berpunca dari khianat & dendam! Cuma sedihnya bila ada rakan blogger yang turut memain peranan... jika tidak tahu-menahu isu sebenar, mungkin janji imbalan balik selepas misi mustahil ini tertunai!
Jangan fikir cerita ini habis di sini... ini baru prolog, dudes!! Ada lagi yang akan menyusul... =)
Sepertimana PapaGomo respek dengan kerja2 gua, gua juga respek dengan kerja2 PapaGomo. Respek kerja tidak bermakna respek attitude... Tapi akhirnya gua respek juga attitude PapaGomo bila tidak menapis komen2 yang memberi pencerahan terhadap situasi sebenar...
baca juga mengenai isu ini di
blog MINDA-HIJRAH (klik)
blog KULAAN-NIRING (klik)
blog PENA-KSJ (klik)
blog TUN-FAISAL (klik)
blog DOUBLE-Y (klik)
KRITIS-ONLINE (klik)
blog PENA-KSJ (klik)
blog TUN-FAISAL (klik)
blog DOUBLE-Y (klik)
KRITIS-ONLINE (klik)
Comments
Tiada pun arahan betulis atau lisan.Mungkin ada arahan Viva.Lidah,Molots,Bibir,Mata.SMS,Telicom maysia
wawa
Mmg diakui, politik glgn bijak pandai nie sgt busuk dan lbh buruk dr politik dunia sebenar.
Akibatnya org melayu bumiputera jgk yg jd mangsa...
Malah ramai lg para pensyarah yg semakin galak menghasut pljr supaya membenci kerajaan...
Tapi apa nak buat, sedangkan Timbalan Menteri pun ok jer... katanya keterbukaan pemikiran. Politik Baru kononnya.