blog www.papagomo.com |
"Envy eats nothing, but its own heart" -Proverb
Kita di ambang perang mahahebat. Harga maruah sebuah negara-bangsa & penentuan masa depan generasi mendatang - PRU13 bakal berlangsung pada bila-bila masa. Saat semua dalam debar yang hening menunggu tiupan semboyan perang (oleh PM), ada (sekali lagi) bunyi cengkerik gila mengucar suasana.
Gua awalnya menyimpan nekad tidak mahu lagi mencampuri basa-basi 'perang saudara' atas ingatan kepada pesan DS Hishammuddin, "Saya paling pantang kalau kita berbalah sesama sendiri!". Tapi bila sekali lagi UMB (institusi yang menaungi gua) 'diserang' cuma berdasarkan hear-say berbaur fitnah, terpaksa gua bingkas kembali mempertahankan yang haq, harapnya entry kali ini (PART 1 & PART 2) adalah yang terakhir sebelum PRU.
Ada cengkerik gila yang masih tidak puas makan walau perut sudah membuncit...
Pertamanya, tak perlu berdalih kerana semakin ramai yang tahu & sedar keseluruhan niat berpunca dari INI (KLIK!)... Jadikan kisah cengkerik di bawah sebagai metafora:-
Musim mengawan semakin hampir... Sang cengkerik kerisauan bila semakin ramai pekebun sudah menghalau keluar & memasang jaring kelambu memagari kebunnya bila menyedari sang cengkerik tidak membawa pulangan setimpal untuk terus dibela - selain bunyi menyakitkan telinga saban malam.
Sang cengkerik tidak puas hati bila ada sekumpulan cengkerik2 lain sedang makan, bekerja & hidup dengan aman di sebuah kebun, walaupun mereka tidak pernah mengacau rezekinya selama ini. (Sudah lumrah, niat jahat dimangkinkan metabolismanya oleh syaitan) Sang cengkerik memikirkan jalan terbaik untuk meyakinkan tuan punya kebun supaya menghalau cengkerik2 lain & mengantikan dirinya di kebun tersebut dengan merekayasa cerita buruk tentang cengkerik2 lain...
Apapun naratif di pertengahan cerita, akan tetap berakhir dengan happy ending jika kita selalu ingat janji ilahi... si batil (contoh: seperti Anwar Ibrahim) akan tetap tersungkur jua akhirnya!
Bila bercakap berdasarkan hear-say tanpa bukti & fakta - itu dinamakan FITNAH... nadanya sama dengan retorik picisan oleh pembangkang. RM300K - mana buktinya? Mungkin lebih sedikit dari so-called-blogger-jalanan (yang berjalan di atas lantai emas)... Tapi nisbahkan juga jumlah itu periuk nasi untuk seberapa ramai. Manusia jenis apakah yang sanggup menabur pasir ke periuk nasi orang lain demi mengetatkan poket peribadi??
ALLAH bagi setitis nikmat dari istiqamah bertahun dalam perjuangan ini baru 3-4 bulan, beb... Penghujungnya selepas PRU dan terpaksa melalui rutin hidup & kepayahan rezeki seperti sebelumnya. Dari sisi personal - sang cengkerik sendiri tahu betapa sukar kehidupan gua sebelum ini dan apa yang gua pertahankan bukan rezeki gua berseorangan - tapi ramai lagi rakan2 dalam saf perjuangan yang sama.
Ada so-called-polong-tak-bertuan sudah mewah bertahun ditaja pemimpin & agensi. Kalau diceritakan secara terperinci dengan pendedahan segala bukti, ini akan menjadi backfire kepada perjuangan UMNO sendiri (termasuk pemimpin/agensi yang menjadi gembala kepada so-called-polong-tak-bertuan tersebut)
Tapi jika keadaan memaksa jangan salahkan kami bila terpaksa memecah pekung di pihak sendiri & pihak pembangkang pula memanjangkannya. Masa untuk pemimpin/agensi tersebut bermuhasabah kembali - WHO'S CREATING A MONSTER??
Ada kerahsiaan yang harus tetap menjadi kerahsiaan. Strategi & gerak kerja UMB tidak perlu didedahkan kepada umum demi memuaskan hatimati seekor cengkerik. Cukup laporan KPI kepada pihak yang memberi kepercayaan terus berpuas hati dengan semua yang dilakukan. Jika mereka tidak berpuas hati sudah lama mereka menghentikan peruntukan - itu permaterian yang tertulis sedari awal.
BACA JUGA PANDANGAN DARI PERSPEKTIF BERBEZA DI BLOG:
-----> APA
Berkaitan scapegoating & pinpointing 'kegagalan cybertrooper UMNO' kepada UMB (& tuduhan2 lain) akan gua beri pencerahan dalam PART 2 nanti... Terlalu panjang untuk diusaikan kesemuanya di sini! Intronya sebarang kelemahan kena sama2 cari solusi, bukan diversi... baru boleh claim ourself matang & berada di maqam yg lebih tinggi. Just wait, okay! ;-)
.
------> SAMBUNG SINI PART 2 (KLIK!) <------
.
Comments