..

UNDER CONSTRUCTIONS...

SAMBUNGAN DARI PART 1 ---> KLIK SINI!  

Isu yang dibawa oleh PapaGomo untuk memuaskan kesumat peribadinya kepada UMB berkisarkan "KEBERKESANAN CYBERTROOPERS UMNO" berdasarkan jumlah 'like' pada sebuah video Youtube. Dia cuba menekankan UMB menghayati pendapatnya dari sudut positif sedangkan caranya penuh bernuansa negatif & prejudis.

Adil & matangkah meletakkan UMB sebagai kambing hitam atas kegagalan cybertroopers UMNO (gagalkah?? nanti gua cerita kemudian) sedangkan semua kelemahan dan permasalahan sepatutnya diselesaikan dengan mencari SOLUSI, bukan DIVERSI ala-Pakatan Haprak! Ada udang di sebalik Kia Sportage??

Kursus & latihan oleh UMB membuang masa & wang? Kami menekankan integrasi di antara pelbagai platfom media baru (bukan BLOG semata) selain teknik propaganda & perang psikologi yang harus dipraktikkan secara intelektual & rasional (bukan mengajar maki-hamun/mencarut dan berPORNO). Kaedah 'provokasi' sekalipun harus ditangani secara ilmiah dengan kawalan emosi. Prioriti di sudut intelektual & rasionalisasi inilah yang harus dijadikan aspek penilaian untuk menentukan berkesan atau tidak peranan sesebuah institusi dalam perang siber.

Jika video2 black-comedy BANGKANG DARI LONGKANG yang PapaGomo jadikan sebagai contoh untuk meneracai keberkesanan cybertroopers UMNO - gua rasa PapaGomo terlalu BODOH dalam membuat penilaian...

Benarkah ribuan 'dislike' untuk video di bawah ini diusahakan oleh Jingga13 atau cybertroopers-polong-tak-bertuan Pakatan Rakyat yang memainkan peranan bersama? Kita kaji dari sudut intelektual & rasional supaya tidak paranoid dalam membuat tindakan...


Video (1) Esok Nak Demo Ni... secara langsung menyindir para demonstran seperti Bersih & Anti-PTPTN yang majoritinya penyokong PR dan tidak mustahil 77 orang cybertroopers Jingga13 telah memainkan peranan dengan baik (menurut pendapat PapaGomo - 50 akaun seorang cybertroopers) 3,850 dislike / 50 akaun = 77 orang.

Dalam video (2) Demo Anti Demo... sebenarnya merupakan sindiran sinis kepada NGO2 pro-BN yang radikal seperti PERKASA & JIM. Adakah ahli2 PERKASA & JIM yang 'dislike' atau cybertroopers paranoid di bawah Jingga13?? Biarkan PapaGomo seorang saja yang fikirkan & menjawab...

Dalam video (3) Bila Pilihanraya? pula adalah sindiran sinis kepada PM & SPR... mahukah PapaGomo akui cybertroopers UMNO berjaya kali ini bila jumlah 'dislike' melebihi jumlah 'like' memandangkan itu adalah sebuat sketsa 'cuba menjatuhkan' imej PM/SPR?? Atau ada kemungkinankah cybertroopers paranoid Jingga13 telah tersilap 'dislike'?? Biarkan PapaGomo seorang saja yang fikirkan & menjawab...

PapaGomo boleh fikirkan cybertroopers UMNO harus bertindak secara intelektual & rasional - atau bertindak paranoid seperti cybertroopers PAKATAN RAKYAT (Jingga13)??

Berapa banyak 'like' untuk sesuatu video yang UMB telah jana, berapa banyak 'flag' yang telah UMB buat? PapaGomo tahu berapa jumlah flag yg harus dibuat untuk memadamkan sebuah video dari Youtube?? Gerak kerja jentera yang telah dilatih oleh UMB tak perlu PapaGomo tahu, tak perlu dihebohkan kepada umum... cukup pihak yang percaya & yakin dengan kebolehan UMB berpuashati selepas diberikan laporan lengkap setiap bulan.

Jumlah yang dilatih oleh UMB jauh lebih kecil dari jumlah peserta Konvensyen Media Sosial yang PapaGomo hijack & uruskan... kenapa 100% kelemahan harus diletakkan di bahu UMB apabila PapaGomo sendiri mempunyai kemampuan yang lebih untuk menggerakkan cybertroopers UMNO? Mungkin BTN patut menambah lagi dana & peruntukan kepada PapaGomo supaya cybertroopers UMNO akan bertindak dengan lebih efisen selepas ini! Harap PapaGomo baca perenggan ini dari sudut positif...

---------------------------
Kursus & latihan oleh UMB membuang masa & wang? Kita lihat produk yang dihasilkan oleh UMB (platfom blogosfera) seperti Keris7Lok, GossipRakyat, BraderJai, MedanTempurKedah dan banyak lagi RUJUK SINI. Adakah PapaGomo mengharapkan impak secara misi-mustahil selepas mereka tidak sampai setahun berblogging sedangkan blogger2 ternama pro-UMNO hari ini mengambil masa bertahun (sejak 2008) untuk betul-betul menampakkan keberkesanan di pentas siber. Bandingkan produk2 UMB dengan blogger2 yang sudah bertahun di bawah didikan PapaGomo seperti INI dan INI -ejaan pada tajuk artikelpun asyik berterabur.

Mungkin dalam 5-10 tahun lagi blogger2 ternama hari ini akan cukup sibuk dengan urusan politik, perniagaan dan sebagainya - mungkin juga akan kebuntuan idea untuk terus menulis di ruang siber seiring dengan usia yang semakin meningkat. 'Darah muda' produk UMB inilah jangan akan menjadi ANTARA 'pemain utama' meneruskan perjuangan di medan tempur maya dalam PRU-PRU mendatang! Secara metafora - mungkin PapaGomo terlupa kenapa setiap kelab bolasepak dunia mempunyai akademinya sendiri, melatih bakat2 baru untuk meneruskan kegemilangan kelab - bukan untuk terus diserap dalam kesebelasan utama.

Kawan gua dah sound...
"Dah! Dah! Jangan layan sangat orang gila tu..."
Huh??? Okey... gua stop di sini! ;-)


BACA JUGA PANDANGAN DARI PERSPEKTIF BERBEZA DI BLOG:
-----> APA
------> DOUBLE-Y
------> HARAPAN ESOK
------> BRADER JAI
------> MAT DESPATH OTAI
------> PENA KSJ
------> KEDAH KE KL
------> UMNO REFORM
-------> TENTERA MAYA

.

6 das tembakan!:

Nur Eisha Fatihah said... May 15, 2012 at 11:22 AM

itu orang.. bila dah rasa diri dia bos dan TOP blogger macam tu la.. dia nak kawal semua blogger BN persoalannya dia siapa? Dia seorang je yang dibayar dan yang selebihnya kena bayar ke? tak kot? ikut suka2 dia je nak sound..

dalam beratus2 artikel yang dia publish belum tentu lagi 99% boleh gunapakai..

headbomb said... May 15, 2012 at 11:32 AM

geng kenyataan pakatan mereka jaga beb mereka punya tentera cyber.. ini bukan maianan.. mereka mmg bagi fulus kepada cyber blogger yang baru, dan lama.. sbb mereka tau dgn arena cyber ni minda rakyat boleh dimanuplate.. erm mcam kita dalam dunia blogger pun semua mcm berpuak2.. dan tidak menjaga satu sama lain.. ya betul.. rm tu memainkan peranan penting rasanya.. sbb itu pakatan tak kisah labur sampai ratus ribu untuk semua cyber mereka.. so kita patut jemput2 rakan2 bloger dan fb yg aktif.. sediakan strategi.. dan kalau ada dana ke tak pe jgn segan bagi.. barulah ada organisasi.. serius.. mcm gua pun rm bukan di pinta tapi kerjasama... itu yang penting.. adios..

Anonymous said... May 15, 2012 at 11:41 AM

bodoh la engkorang ini...bukan susah papagomo kata banyak dislike maka nak banyak like buat je like apa masalahnya....

gaduh2 nak tunjuk 2-2 buat kerja sedangkan tak buat kerja pun hanya buat untuk nama...apa daaa

Hujung2 cerita bab duit baru la kita tahu 2-2 dapat duit senang citer cakap la kami tak cukup peruntukan ok laa...bodoh la blogger pro umno dan umno

leman decaprio said... May 15, 2012 at 11:47 AM

headbomb... memang UMB tak pernah menolak sesiapa yang ingin berjuang bersama di bawah strategi & game-plan kami. cuma mungkin tidak mampu untuk mencari keseluruhannya. cara terbaik berhubung & berjumpa mana2 individu yg jelas berada di bawah UMB untuk perbincangan lanjut.

even yang favour kepada PapaGomo (turut buat kerja bodoh menjilat aiskrim semalam) ada yang dibiaya UMB - selagi dirasakan mereka mempunyai potensi unt berjuang bersama.

tapi jangan orang/puhak lain (yg bullshet mengakui diri polong tak bertuan/blogger jalanan) yang turut mendapat peruntukan dari menteri/agensi mengambil sikap lepas tangan dengan meminggirkan pejuang2 siber yang betul2 memerlukan bantuan demi mengetatkan poket peribadi.

leman decaprio said... May 15, 2012 at 11:54 AM

anon 11:41

mudah bunyinya kalau papagomo sekadar gunakan impak yang ada padanya dengan menyuruh puluhan-ribu peminatnya 'like' video tersebut unt atasi kelemahan bersama coz kami juga akan melakukan hal yang sama -- MASALAHNYA BILA BERTINDAK BOCAH MENAMAKAN PIHAK LAIN SEBAGAI SCAPEGOAT!

Anonymous said... May 15, 2012 at 12:08 PM

Yang betul jadi kambing adalah Shahrizat dengan anak beranak. Kalau korang nak tahu PapaGomo dengan kroni dia dibayar RM100k oleh NFC untuk KLPOS.

Tetapi apa yang jadi?

Tengok Shahrizat sekarang, terkontang-kanting untuk bersihkan imej dia. Ada PapaGomo dengan kroni dia tanya khabar?

Aku dengar-dengar anak Shahrizat anak berjumpa beberapa blogger di Meatworks dan akui kegagalan serta kesilapan beliau menggunakan khidmat PapaGomo.

Jadi nampak sangat kerja bodoh gomo dalam kes NFC tak beri impak!

 
Top