Anwar, Ambiga & Nurul Izzah – antara dalang, ketua, tersasul dan ‘damage control’
Oleh: Susan Lim
Kelam kabut nampaknya pembangkang dan Bersih apabila Anwar Ibrahim memberi syarat kepada Najib untuk memastikan demonstrasi Bersih dibatalkan. Mahu tidaknya, selama ini Ambiga sebagai Pengerusi Bersih begitu beria-ia memekik-mekik bahawa Bersih adalah NGO sepenuhnya dan bukan ditaja oleh pembangkang walaupun PAS sama-sama ingin menjadi juara demonstrasi tersebut.
Tiba-tiba Anwar Ibrahim membuat kenyataan sedemikian yang menunjukkan bahawa dia sebagai pemimpin pembangkang mempunyai kuasa untuk mengarah Bersih untuk meneruskan atau membatalkan demonstrasi. Sekali gus memberi bukti kukuh terhadap apa yang diperkatakan ramai iaitu Bersih adalah permainan pembangkang dan bukannya telus, bebas dan benar-benar bersih seperti yang dijeritkan Ambiga.
Tersedar Anwar telah tersasul, Ambiga pantas bangun menempelak Anwar konon tidak berkuasa apa-apa untuk mengarah Bersih. Bagi lebih meyakinkan, dia cuba memperlekeh Anwar dalam kenyataannya.
Tidak cukup dengan itu, anak Anwar sendiri, Nurul Izzah tampil untuk menguatkan lagi penafian bahawa Anwar adalah dalang Bersih dengan membuat kenyataan yang memperlecehkan peranan pembangkang sekali gus bapanya sendiri dalam demonstrasi Bersih.
Nurul Izzah berkata, “Perhimpunan ini dirancang kerana kehebatan batang tubuh Datuk Ambiga dan beliau hebat apabila menendang keluar parti-parti politik daripada berada dalam Bersih,”
Pujian dan sanjungan yang keterlaluan terhadap Ambiga dalam kenyataan Nurul Izzah membuktikan yang dia terdesak untuk meyakinkan orang ramai yang bapanya bukanlah dalang demonstrasi Bersih.
Anwar sebenarnya sudah semakin hilang kawalan terhadap penipuannya sendiri. Kerana itu dia sering tersasul dan merepek akhir-akhir ini. Sikapnya yang semulajadi bongkak tidak dapat menahan diri untuk menunjuk-nunjuk yang dia berkuasa sepenuhnya dan dialah wira sebenar dalam menentang kerajaan. Sanjungan yan g diberikan oleh puak-puak pelampau Cina, golongan liberal India serta lebai-lebai tolol PAS terhadap Ambiga sedikit sebanyak mencabar keegoannya.
Lalu, Anwar tidak dapat menahan diri dari memberitahu dunia bahawa Bersih adalah di bawah telunjuknya dan Ambiga bukanlah wira atau ketua yang sebenar.
Nurul Izzah yang panik dengan kenyataan Anwar juga gagal untuk menyusun kata-katanya dengan baik lalu secara keterlaluan memuji dan menyanjung Ambiga sehingga menimbulkan rasa janggal dan pelik. Apa hebatnya Ambiga, seorang peguam bodoh yang tidak tahu apa-apa mengenai cara menggubal undang-undang? Apa hebatnya seorang yang ingin berjuang menuntut pilihanraya yang bersih tanpa dapat membuktikan yang pilihanraya sebelum ini adalah kotor?
Peguam apa bertindak tanpa bukti? Peguam apa yang tidak tahu undang-undang?
Ambiga boleh terus menafikan yang dia bertindak mengikut arahan Anwar dan Nurul Izzah boleh terus memuji Ambiga konon pejuang sebenar. Tetapi, di mana kedudukan Anwar dalam permainan ini kini? Apakah Nurul Izzah menyatakan yang bapanya sudah terperasan sendiri konon mampu menguasai Bersih? Atau apakah Nurul Izzah cuba memberi isyarat yang kata-kata bapanya sudah tidak boleh dipakai lagi? Apakah Nurul Izzah juga mengesahkan jika Bersih benar-benar berjaya menumbangkan kerajaan, maka Anwar tidak layak menerima kredit atas usaha Ambiga dan sekali gus tidak layak melantik diri sendiri menjadi Perdana Menteri?
Sekali lagi: di mana kedudukan Anwar jika Bersih berjaya menumbangkang kerajaan?
-MALAYSIA INSTINCT

Comments
Diskaun Hebat untuk Insurans Kenderaan, Penghantaran Percuma Untuk Cukai Jalan, Tiada Sevice Charge!! Sahut Cabaran kami untuk menang Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM 100,000 keterangan lanjut layari :-
www.aiomits.com