SEKS!! SEKS!! SEKS!! - CUMA ITU DALAM KEPALA LEBAI-LEBAI PAS!!


Insentif poligami: PAS hanya fikirkan seks

Keputusan kerajaan Kelantan untuk memberi insentif terhadap suami yang berpoligami dilihat sebagai menghina agama Islam. Islam tidak menggalakkan poligami dan ini terbukti dengan ayat mengenai poligami yang menyatakan bahawa lelaki boleh berkahwin 2, 3 atau empat tetapi jika takut untuk berlaku adil maka kahwinlah seorang sahaja. Dan kemudiannya, ayat ini diikat dengan ayat “Sesungguhnya kamu tidak mungkin boleh berlaku adil”.

Ini bermakna, sebagai manusia biasa, adalah tidak mungkin sama sekali mereka akan dapat berlaku adil. Jika masih ingin juga berkahwin lebih maka terimalah azab akibat ketidakadilan yang dilakukan terhadap isteri-isteri.

Selain itu, ada juga ayat yang bermaksud bahawa manusia itu dijadikan berpasang-pasangan agar beroleh ketenangan. ‘Pasangan’ bererti seorang lelaki dan seorang wanita, bukan seorang lelaki dengan dua, tiga atau empat wanita. Jelas, Al-Quran telah memberikan panduan mengenai hidup yang bahagia dan sempurna adalah dengan berpasangan dan jika tidak dituruti, maka tidak akan ada ketenangan dan keharmonian yang sebenar dalam kehidupan.

Seorang lelaki dengan dua atau lebih isteri tidak mungkin dapat memberikan sepenuh komitmen kepada mana-mana isteri apatah lagi anak-anak. Bayangkan, dengan hidup bergilir-gilir dari satu rumah ke rumah, di manakah masa kualiti bersama keluarga?

Apakah ada masa untuk duduk bersama membantu semua anak-anak mengulangkaji pelajaran? Adakah punya cukup tenaga untuk membantu semua isteri-isteri mengurus rumahtangga, misalnya, paip rosak, suis elektrik bermasalah dan sebagainya? Apakah semua tugas ini termasuk mengambil kad laporan anak-anak di sekolah diletakkan seratus-peratus di bahu isteri-isteri? Oleh itu, apa guna menjadi suami? Apa guna menjadi bapa? Lebih-lebih lagi jika isteri bekerja dan menyara sendiri keluarga kerana suami tidak mampu menanggung sebegitu ramai ahli keluarga….maka jadilah sang suami manusia yang benar-benar tidak berguna dalam hidup keluarga besar ini.

Bagaimana pula dengan hari jadi? Ulangtahun Perkahwinan? Bercuti? Apakah si suami boleh memastikan dia memberikan sepenuh hati dan masanya untuk setiap keluarga di setiap keadaan ini?

Benar, boleh bercuti dengan kesemua isteri seperti yang dilakukan oleh Salleh Yaakob tetapi pastinya percutian sebegitu penuh dengan batasan-batasan dan syarat-syarat serta kejanggalan di sana sini.

Ketika suami orang lain memberi sepenuh perhatian kepada isterinya dalam percutian – berdua-duaan menonton, menikmati muzik ringan di hotel, bersantai di pantai dan bermesra tetapi isteri –isteri dari perkahwinan poligami terpaksa bergilir-gilir untuk masa berduaan dengan suami mereka.

Memandangkan Allah telah menegaskan bahawa tiada seorang pun manusia biasa yang boleh berlaku adil, maka Salleh Yaakob atau mana-mana suami yang konon bahagia berpoligami juga pastinya tidak adil dalam pembahagian kasih sayang dan masanya. Justeru, apakah isteri-isteri itu tidak tertanya-tanya siapakah di antara yang paling disayangi oleh suami mereka?

Ketika suami orang lain sama-sama membantu menyiapkan keperluan Hari Raya, dan pulang ke kampung halaman, isteri-isteri dari perkahwinan poligami perlu akur bahawa suami tidak akan bersama mereka untuk Hari Raya tahun ini, atau tahun hadapan bagi memenuhi syarat giliran.

Apa yang paling buruk dalam perkahwinan poligami ialah hakikat bahawa anak-anak tidak akan mendapat sepenuh didikan dan perhatian bapa mereka. Anak-anak tidak dapat memahami watak dan peranan bapa yang sebenar kerana bapa asyik ke sana ke mari dan pastinya letih sentiasa untuk melayan karenah mereka. Anak-anak yang membesar tanpa watak bapa dalam hidupnya tidak akan memahami apa itu keluarga yang sempurna. Dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada perkahwinan dan anaknya sendiri kelak.

Lebih memburukkan keadaan apabila keluarga besar ini pula berpendapatan rendah. Di kala anak-anak orang lain boleh ke kelas tuisyen, belajar muzik dan sebagainya, keluarga poligami mungkin terpaksa menyekat semua ini bagi memastikan ‘kesaksamaan’ untuk semua atas alasan bajet.

Pemimpin dan pengikut PAS terutamanya di Kelantan tidak memikirkan semua permasalahan ini kerana mereka hanya melihat perkahwinan sebagai seks. Mereka melihat wanita sebagai seks. Malah ada di kalangan mereka yang melihat kanak-kanak hatta binatang juga sebagai seks.

Pendek kata, tiada apa di dalam kepala Ustaz-ustaz dan lebai-lebai PAS melainkan seks, wanita, seks dan wanita. Kerana itulah apabila mereka memikirkan sesuatu untuk negeri Kelantan, ianya pasti berkaitan seks – contohnya, bas dan lorong pembayaran berasingan di pasaraya kerana takut rakyat mereka terangsang jika berdekatan antara lelaki dan wanita. Mereka langsung tidak dapat memikirkan sesuatu yang berfaedah untuk meningkatkan ekonomi, memperbaiki taraf hidup rakyat dan membangunkan negeri.

Kes bapa bersekedudukan dengan anak sendiri bertahun-tahun dan segala kes jenayah seksual yang pelik dan tidak masuk akal juga hampir semuanya berlaku di Kelantan. Sehinggakan rakan-rakan penulis di pejabat menjadikan ia gurauan dengan meminta rakan lain meneka di manakah sesuatu kejadian seksual pelik berlaku apabila terbaca tajuknya di akhbar. Pasti semua akan meneka Kelantan!. Dan selalunya tekaan tersebut betul.

PAS perlu tahu bahawa perkahwinan itu adalah tanggungjawab, bukan seks semata-mata. Suami itu bukan Raja yang kerjanya hanya mengarah-ngarah isteri. Bapa itu bukan watak sampingan dalam rumahtangga. Kalau ingin dihormati sebagai ketua rumahtangga, janganlah bersikap seperti binatang yang kerjanya makan dan seks sahaja.

Mungkin PAS harus mengurangkan iklan ubat seks dalam Harakah bagi memastikan nafsu orang-orang PAS lebih terkawal.

Allah mengurniakan 1 nafsu dan 9 akal kepada lelaki, tetapi lelaki PAS bagai mempunyai 10 nafsu dan tiada akal sama sekali. -MI

Comments

hassan badar said…
jika nak kenal lelaki yang berpoligami di yaumil masyar kelak ...lihat lah kepada lelaki yang bahu nya senget sebelah...'tanda kepada ketidak adilan'...wallahu a'lam
Anonymous said…
Pemimpin PAS punya NAFSU BUAS sama ada

1. Nafsu Buas nak memerintah
atau
2. Nafsu Buas terhadap perempuan
atau
3. Kedua duanya sekali
Anonymous said…
sialnye blog ni
Anonymous said…
hehe..panass...

"Punyai Kereta?
Jika Ya!! Diskaun Hebat Untuk Insurans Kenderaan Anda..
Penghantaran Road Tax Percuma Ke Seluruh Malaysia..
Sahut Cabaran Kami, Peluang Memenangi Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM100,000. Keterangan Lanjut, Layari : www.aiomits.com
Jangan Lupa Like kami di Facebook Pages!! : AiOMI T&S"
Anonymous said…
kena banyak belajar agama lagi admin ni..memalukan je kalau non-muslim baca blog ni..
black heaven said…
jangan butakan hati kerana politik...tidak kira pas, umno atau dap... semua mempunyai naluri kemanusiaan yang sama... lelaki akan terpikat pada lebih dari satu wanita... so tidak hairan la lelaki akan berkahwin lebih dari satu...

jangan la pandang sebelah mata... tp pandang la dengan mata hati...

lebih baik isteri ramai dari ramai perempuan simpanan....kan