ambiga... satu nama yang diangkat oleh anuwar sebagai proksi untuk mengepalai beruk2 BERSHIT meracau di jalanan 9 julai lalu. satu perancangan yang 'menjadi' bila seluruh tumpuan media massa & media siber memfokuskan terhadap ambiga, dan anuwar boleh menarik nafas lega bila kes video seks & liwatnya kebisuan seketika.
dan sekarang mereka cuba menyongsong kepada isu kekejaman penguasa pula... satu2nya 'kejayaan' mereka hasil perhimpunan haram BERSHIT . mencipta retorik & persepsi tentang kekejaman penguasa hasil 'skrip' yang 'ditulis' dengan rapi. (mereka hias dengan bunga propaganda bila menyebut kekejaman 'PENGUASA' -bukan 'POLIS'... supaya so-called-rakyat yang menyokong mereka akan terfikir pada perspektif yang lebih luas untuk membobrokkan kredibiliti kerajaan/BN).
dan spekulasi lain bakal bersahut lagi bila keputusan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) tentang keputusan kematian teoh beng hock (TBH) tidak memihak kepada percaturan mereka. kerana sememangnya mereka lebih suka melayan politiking demi kesumat kuasa, dari bersama membangunkan negara.
mungkin ramai yang tidak tahu ambiga adalah salah seorang PANEL PEMERHATI kepada RCI... bayangkan betapa mereka cuba mencari sekecil2 kesilapan kerajaan untuk diangkat menjadi isu. selepas keputusan enkues tidak memuaskan hati mereka, kerajaan telah menubuhkan RCI untuk membuktikan keadilan ke atas kematian TBH. panel2 RCI yang dilantik dan telah mendapat perkenan YDP Agung, masih tidak dapat memuaskan hati mereka.
panel pemerhati kepada RCI yang terdiri dari ambiga dan 6 orang lagi ahli panel dilantik hasil ketidakpuasan hati mereka bila desakan untuk ahli keluarga TBH & beberapa orang pemimpin pembangkang menganggotai panel RCI ditolak. ada baiknya permintaan itu ditolak... dari urusan siasatan nanti akan menjadi lebih lama & meleret2 kerana semua sedia tahu kehadiran mereka bukan membantu tapi untuk menambah rencah politikal berkaitan kematian TBH.
apa respon ambiga bila RCI memutuskan TBH bukan dibunuh, tapi membunuh diri. masih dia mahu mempersoalkan keputusan yang telah dipersembahkan kepada YDP Agung sebelum dikhabarkan kepada umum??? atau ambiga (baca : anuwar ibrahim) sudah merancang untuk mengadakan BERSHIT 3.0, menghentam SPRM pula... dan menempelak keputusan RCI yang telah mendapat perkenan YDP Agung sebagai tidak bersih & adil??
sudah-sudahlah... majoriti senyap sudah bosan melayan drama basi yang asyik diulangtayang!
.
Comments