6P: TINDAKAN BERANI UNTUK NEGARA!!


MUKADIMAH: .

MELIHAT kepada jumlah penduduk Malaysia yang mencecah 28 juta adalah menakutkan jika benar jumlah warga asing mungkin mencecah sehingga enam juta sekarang.
Atas alasan ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen telah melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P dan sebelumnya Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sah.

Ini menurut Menterinya DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN adalah satu keperluan yang amat penting bukan saja untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara tetapi pada masa yang sama mengekang jenayah antarabangsa yang serius seperti pemerdagangan manusia dan ancaman keganasan.

Dalam pertemuan bersama wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID yang berlangsung di pejabatnya di Putrajaya, Hishammuddin turut sama menceritakan pengalamannya dalam menangani perhimpunan Bersih 2 dan isu-isu berkaitannya, persoalan mengenai KDN tidak tegas serta usaha kerajaan untuk lebih rasional dan cerdik dalam bagaimana mahu berkomunikasi dengan rakyat.

MINGGUAN: Bagaimana sambutan pihak majikan terhadap penggunaan program 6P?

HISHAMMUDDIN: Bagi saya secara ikhlas ia adalah lebih baik dari yang saya sangka. Ini kerana saya tidak menyangka bahawa pihak majikan akan menyambut baik proses pendaftaran ini kerana ia sebenarnya menyusahkan mereka. Keduanya, mereka selalu beranggapan bahawa jika tidak ada pekerja asing, mereka boleh dapat yang baru dan ia lebih mudah. Ketiganya rekod pekerja-pekerja ini akan direkodkan oleh pihak kami maka segala perkara negatif seperti penyelewengan, penderaan oleh majikan dan pelbagai lagi akan lebih mudah dikenalpasti.

Maka bila kita dapat jumlah sebenar pekerja yang sah semasa pendaftaran melalui majikan yang tampil ke hadapan, jumlahnya agak besar. Malah saya banyak menerima aduan dari pihak majikan mengenai masalah mereka dan tidak semestinya aduan mereka itu negatif. Malah saya lebih bimbang jika mereka tidak peduli. Oleh itu jika terdapat aduan dari mereka bermakna mereka berminat untuk mendaftar secara sah. Jadi secara peribadi ia lebih baik dari yang saya sangka namun kita akan terus perhatikan dalam tempoh terdekat apakah mereka ini akan terus menunjukkan komitmen yang sama.

Tidakkah bila kita membuka pendaftaran kepada pendatang tanpa izin ini bermakna kita terlalu berlembut?

HISHAMMUDDIN: Bagi saya dunia sudah semakin terbuka. Masalah globalisasi dan dunia tanpa sempadan sekarang memberi makna manusia, wang ringgit dan barangan bergerak di seluruh dunia tanpa sempadan. Dan perkara ini dari segi keselamatannya membawa kesan kepada jenayah antarabangsa yang begitu serius. Ini termasuklah penyeludupan dan pemerdagangan manusia, dadah, pelacuran, senjata, isu-isu berkaitan dengan keganasan dan terorisme, penggubahan wang haram, isu berkaitan dengan jenayah siber, dan pelbagai lagi. Ini antara jenayah yang datang bersama dengan globalisasi. Sebagai contoh seorang anggota pengganas yang baru diusir berasal dari Indonesia. Dia ditangkap di sini dengan pasport bernama Agus dan sudah di usir balik.

Dia melaporkan pasportnya hilang dan ia disahkan oleh ketua kampung dan kemudian dapat pasport baru dengan nama Halim. Bila dia masuk ke sempadan negara ini melalui Medan kemudian ke Bangkok dan datang ke Malaysia, pegawai Imigresen mendapati pasport tulen, gambar sama. Tetapi dengan adanya sistem biometrik, sudah pasti jenayah sebegini tidak akan berterusan. Satu lagi sekarang ini ramai majikan yang memegang pasport pembantu rumah untuk mengelak mereka lari. Ini kerana mereka boleh dapatkan pasport baru dan ini bukan hanya di Indonesia sahaja tetapi di mana-mana negara sekalipun. Bagi pendatang tanpa izin sebab itu kita laksanakan sistem 6P ini yang prosedurnya adalah pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran. Mereka ini perlu datang sendiri dan kemudian mendaftar dan kemudian akan disalurkan di sektor tertentu yang memerlukan khidmat mereka. Kalau tidak mereka akan terus berada di negara ini secara haram dan kemudian akan terus dieksploitasikan oleh majikan mereka. Seterusnya mereka tidak akan kembali ke negara asal atas pelbagai alasan seperti gaji yang lumayan atau mungkin sudah berkahwin.

Petikan dari Mingguan Malaysia hari ini.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

pengenalan mengenai PROGRAM 6P di BLOG KULAAN NIRING (KLIK SINI!)

.

Comments

Anonymous said…
Tuan TSP,
Mengapa gambarajah Pengusiran gambar Pesawat Kapal Terbang? Mengapa tidak kapal laut untuk majority Indon?

Rasa tak ken a disini!
Anonymous said…
6P adalah petunjuk Hishamuddin fail jaga border dari telus kepada pendatang asing. Ia pentunjuk rasuah menjadi2 dalam Imigeresen.

Kenapa dilepaskan pegawai Imigeresyen?

Takpe lakukan yang patut. Bulan2 ada budak Hishamuddin bernama Tun Faisal bayar kamu gaji dari duit yang dia dok sapu
RR said…
hahahaa

anon 10.33 meroyan apsal??
tadah duit datuk hisham xbagi ke??

main belasah walo tak faham beza
tugas KDN & SKMM...
ingat dia mcm pemimpin bodoh lain
yg korang belasah pastu tunggu dia
ajak berunding sambil hulur
'fulus perlindungan'??
xsemua pemimpin UMNO bodoh mcm
pemimpin2 UMNO yg hulur luorg fulus...

last2 yg nampak bodoh luorg sendiri!
RR said…
anon 10.33... apasal macam pondan je pakai anonymous...

tulis kat blog la besar2 nama TUN FAISAL ISMAIL AZIZ pasal tuduhan luorg tu...

kalo betul senang SPRM nak siasat... kalo tak betul senang TUN FAISAL nak saman... biar tercirit macam blogger sharpshooter tu kena 300k! tulis nama2 blog yg TUN FAISAL bayar sekali lagi bagus... senang gua sekali bleh saman lu!

bacul tak sudah2 la geng pembenci UMB ni... merengek kat alam siber je retinya, turun battleground pun baru sekali-dua!
Anonymous said…
GAP yang tulis psl seorang pengawai khas KDN terlibat dlm projek IT Bukit Aman tu tulis sekali la nama pengawai khas tu... tu pun kalo ada telur.

Geng2 ni dulu masa susah dok mengemis dgn UMB. Dah top jadi kerek tak bertempat lps tu fitnah macam2. Tulis la nama pengawai khas yg songlap duit tu betul2.
RR said…
hehee... kalo berintegiti sebutkan terus nama jgan jadi macam majalah gossip hiburan, main klue2 meneka dlm kesamaran... supaya kalo betul tuduhan tu bleh terus SPRM siasat, kalo tak betul bleh siap-sedia bayar saman... biar blogger2 proBN ade integriti & kreadibiliti x macam blogger PantatkanRakyat!
Soal pengusiran, memang baik melalui udara sebab jika melalui laut kekadang kapal akan berpatah balik dan sebagainya . Kita tidak perlu risau mengenai tambang mahal dan atau apa saja jika matlamat kita untuk usir mereka pulang. Pengusiran yang dibuat kerana sikap dan kedegilan mereka sendiri.

Jadi dalam soal 6P amat diharap tidak ada siapa pun mempolitikkan nya. Demi negara.