Awal pagi tadi Datuk Ahmad Maslan telah berkunjung ke Jalan Masjid India, Kuala Lumpur untuk program TAMU SAHUR. Peniaga-peniaga yang masih rancak menguruskan bisnes dikejutkan dengan kehadiran Datuk Ahmad Maslan yang singgah dari kedai ke kedai untuk menyumbangkan cenderahati Hari Raya dan bendera Malaysia sempena sambutan 'Merdeka Raya' yang akan diraikan seluruh rakyat Malaysia tidak lama lagi.
Orang ramai yang membeli belah di sekitar Jalan Masjid India turut teruja dengan kehadiran Timbalan Menteri di JPM itu, mereka tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan berkongsi cerita dengan beliau. Datuk Ahmad Maslan turut menyumbangkan cenderahati kepada golongan ibu tunggal, anak-anak yatim dan OKU sebelum bersahur bersama-sama mereka.
Menurut Datuk Ahmad Maslan, program ini adalah salah satu inisiatif untuk pemimpin mendekatkan diri dengan rakyat jelata bagi menyelami kehidupan dan permasalahan mereka secara lebih peribadi. Ini antara contoh pemimpin terbaik UMNO/BN hari ini... BravooOo Tok Mat!!
Comments