KHALID SAMAD SOKONG GEREJA... TANTAWI SOKONG JAIS, HASAN ALI!!

Pemuda PAS Sokong JAIS, Hasan
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pendirian Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu serbuan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai cuba memurtadkan umat Islam pada satu majlis makan malam amal minggu lalu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, ketetapan berkenaan dibuatberasaskan kepada prinsip bahawa usaha pencegahan seperti yangdilakukan JAIS agar akidah umat Islam sentiasa terpelihara perludisokong oleh semua pihak.

"Secara prinsipnya tugas pihak berkuasa agama adalah untuk menjagaakidah dan memelihara kesucian agama Islam, jadi kalau itu asas yangdigunakan JAIS dalam isu ini... kita sokong.

"Jadi sebarang bentuk tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agamauntuk mempertahankan Islam, menjaga kesucian agama Islam, itu adalahtindakan yang wajar disokong oleh semua pihak dan tak perlu timbulsebarang keraguaan di atas tindakan tersebut," katanya di sini,Selasa.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuanselama hampir satu jam dengan Hasan yang juga PengerusiJawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastrukturdan Kemudahan Awam Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubunginsiden berkenaan.

Berpuas hati dengan penjelasan Hasan, Nasrudin berkata semua pihaktidak seharusnya prejudis terhadap tindakan JAIS itu kerana iadilakukan bagi menjaga kepentingan Islam.

"Saya harap semua pihak beri kepercayaan kepada JAIS tanpa sikapprejudis kerana pihak berkuasa agama itu menjalankan tugas mereka demiagama Islam," katanya.

Ahad lalu, Hasan turut hadir memberi taklimat kepada AhliJawatankuasa PAS Pusat (CWC) berhubung insiden berkenaan namun tiadasebarang pendirian dibuat mengenainya.

Menyifatkan penjelasan itu 'tidak cukup', Presiden PAS, DatukSeri Abdul Hadi Awang sebaliknya mahu mendapatkan maklumat langsungdaripada JAIS dan pihak gereja sendiri.

Dalam pada itu mengulas mengenai pertemuan pihaknya dengan Hasan,Nasrudin berkata beliau cukup berpuas hati dengan penjelasan yangdiberikan dan yakin bahawa Exco Selangor itu bertindak berdasarkanbukti kukuh.

"Kami semua sangat berpuas hati, kami juga ada bertanya soalan kepadabeliau... semuanya jelas.

"Malah Dr Hasan sendiri mengakui bahawa beliau mempunyai bukti kukuhmengenai tindakan JAIS itu," katanya. -mstar-0nline


bravo gua ucapkan kepada nasrudin hasan tantawi yang mewakili suara pemuda PAS yang menyokong tanpa kompromi apa saja tindakan yang boleh memincangkan akidah umat islam di malaysia dan tidak memandangnya dalam perspektif politikal.

tantawi jelas memberikan kenyataan jujur untuk mempertahankan kesucian agama setelah semakin bersuluh kebenaran hasil tindakan JAIS ke atas DUMC seperti di dedahkan di sini (KLIK). kenyataan tantawi juga secara tidak langsung menzahirkan suara islamisasi yang masih tersisa di dalam PAS dengan menempelak pemikiran khalid 'gereja' samad masih cuba mempertahankan liberalisasi beragama yang semakin terserap ke dalam PAS melalui kenyataannya di sini (KLIK)

masalahnya berapa ramai yang berani bersuara seperti TANTAWI & HASAN ALI di dalam PAS berkaitan isu sebegini??? nizar??? husam??? jangan haraplah... semua yang lainnya dicucuk hidung & dibisukan suara oleh DAPigLAKNATULLAH!
.

Comments