[VIDEO] SIDANG MEDIA PROGRAM 6P (PENDAFTARAN - HARI PERTAMA)

Satu program pengampunan dan pemutihan imigran di negara ini dari sisi undang-undang telah diadakan bermula bulan ini untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini. Imigran di negara ini dianggarkan berjumlah lebih dua juta orang sekarang.

Program yang digelar "6P" itu iaitu PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN akan mengambil tempoh masa tiga minggu untuk dilaksanakan.

Ia merupakan program paling komprehensif yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin. Operasi terdahulu adalah terhad kepada usaha penghantaran mereka balik ke negara asal masing-masing. Ikuti sidang media oleh Dato' Alwi Ibrahim mengenai perjalanan proses hari pertama Program 6P yang melibatkan proses pertama - PENDAFTARAN:



BUAT MASA INI
CUMA PROSES PENDAFTARAN YANG DIJALANKAN...
BAYARAN CUMA
RM35

JIKA DIBUAT MELALUI
336 SYARIKAT YANG DILANTIK OLEH KDN &
PERCUMA

JIKA DILAKUKAN DI PEJABAT IMIGRESEN SELURUH NEGARA.

SEBARANG KOS LAIN (PEMUTIHAN DSB)
BELUM PERLU DIBAYAR OLEH PATI ATAUPUN MAJIKAN.


Comments