HUDUD PAS CANCELLED - SINGH IS THE KING!!

HUKUM HUDUD IS NOT PAKATAN RAKYAT AGENDA

http://blog.limkitsiang.com/2011/09/29/hukum-hudud-is-not-pakatan-rakyat-agenda/

KENYATAAN BERSAMAMAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
28 September 2011

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

PakatanRakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuaratjuga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyatsebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuaratjuga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen JenayahSyariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirianoleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat PakatanRakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainanpolitik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilaisuasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU)ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telahdirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

- YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
- YB TUAN LIM KIT SIANG
- YB DATO SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG
dah agak... bagi PAS, HUDUD sekadar satu umpan undi setiap kali menjelang pilihanraya. jika tidak di bawa berbincang dalam mesyuarat tertinggi PR malam tadipun mereka sendiri sudah boleh mengagak HUDUD adalah misi mustahil untuk direalisasikan bersama PRabak!

PAS hanya suara kerdil yang tidak pernah dilayan serius... semetelah dengan jenama NEGARA ISLAM pun terpaksa mereka cantaskan menjadi NEGARA BERKEBAJIKAN demi menjaga hati kafir2 harbi di dalam pakatan mereka. mungkin tidak lama lagi perkataan ISLAM akronim kepada PAS juga terpaksa digugurkan... PAS FOR LOL!

UMNO tidak pernah menolak hudud, kerana setiap umat islam wajib memperjuangkan hukum yang telah tercatat dalam AQ tersebut. tetapi apa khudrat UMNO untuk menyuarakan bila kerusi UMNO tidak dapat mencukupkan 2/3 suara di dalam parlimen untuk melakukan perobahan... UMNO juga harus menghormati pendirian MCA, MIC, dll parti gabungan walaupun tidak sekeras DAPig menolak hudud!

kerana itu UMNO cuma memperjuangkan di dalam diam, tidak mencanang sebagai retorik politik seperti PAS selagi berpijak di bumi yang nyata. alasan mengajak PAS untuk bergabung adalah salah satu ikhtiar untuk menegakkan lagi syiar islam & martabat bangsa di negara tercinta ini.

yang menjadi pertikaian selama ini bukan tentang hukum & keislaman, tetapi mempergunakan hukum islam sebagai 'umpan' setiap kali menjelang pilihanraya. walaupun sedar hakikatnya perjuangan palsu PAS itu takkan membawa ke mana selagi berada bersama anwar & DAPig. boleh saja menjaja pelbagai retorik untuk menampakkan ciri keislaman parti mereka, tapi hakikatnya PAS terpaksa tunduk & menikus selamanya kepada sang raja di atas kerusi roda!


Comments

BatuBurok said…
kami semua dah tau....bila kerjasama dengan DAP ini lah jawabnya....hudud ke apa ke....negara islam makin tk ada...mcm mana ustaz2 nk perintah negara islam kalau mcm ni...kena tekan skit dah tunduk...

sabar kwn kwn ana tu pun ada batasnya....tapi ana tetap nasihatkan kwn kwn kena tunggu juga bila tiba masanya....yang dikejar tk dapat yang dikendung berciciran...beribu plak tu cicir
tungkaran hati said…
Isu Hudud: Akhirnya kebenaran terpancar jua...!
Perjuangan PAS sememangnya tersasar jauh!
Keberanian PAS hancur dalam PR terutamanya bila berhadapan dengan DAP! Segala keputusan mesyuarah dalam PR mestilah mengikut kehendak DAP!
Mana wajah kepimpinan PAS? sedangkan penyokong dan pengundi PAS mahukan PAS yang gagah dan berani dan bukannya sebagai pengecut dalam gabungan PR.
Berjuanglah kerana Islam dan negaramu bukannya setakat slogan menawan Putrajaya sahaja...!