SIRI NOVEL: 32 JAM MENJELANG PRU [BAHAGIAN 1]

sepatutnya publish malam tadi...
terlewat kerana masalah sambungan internet.
novel ini ditulis spontan, jadi gua mintak maaf
kalo ada sebarang kesilapan... akan diperbaiki!


--- 11.56 pm ---

MPV Alphard hitam melepasi Plaza Tol Kubang Semang, meluncur laju membelah tar Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke ibu kota. Anwar bersandar keletihan di seat belakang, di sisinya isteri tercinta, Wan Azizah.


Masih terngiang jerit-pekik 'reformasi' yang berkumandang sebaik usai ceramahnya di Kg Bukit Pelanduk, Permatang Pauh sebentar tadi. Walaupun laungan tidak selantang semasa PRK parlimen itu beberapa tahun sudah, Anwar tetap optimis Permatang Pauh tidak akan menjadi kubur politiknya.

"Yakinlah, bang... Putrajaya adalah tempat selayaknya untuk anugerah tuhan seperti abang!" Wan Azizah cuba menenangkan suaminya. Anwar menghela nafas panjang, membetulkan tempat duduknya sambil menggenggam tangan Wan Azizah.

"Kerana itu I harus kembali ke KL malam ini, Zah..." ujar Anwar sambil merenung tepat ke bola mata Wan Azizah. "Tinggal 24 jam tempoh berkempen, kreadibiliti I dan imej Pakatan dah damage teruk. Macam-macam isu yang blogger-blogger BN tu tengah serang. Takde jalan lain lagi... I dah rancang sesuatu untuk menghidupkan peluang kita menjejak Putrajaya!"

Wan Azizah menatap sayu, tidak mampu menerka apa yang tersirat di dalam kepala suaminya.

--- 3.19 am ---

Anwar dan Wan Azizah memasuki bilik mesyuarat di ibu pejabat PRK, Tropicana. Di dalamnya Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan Nik Nazmi sudah sedia menunggu.

"Apa cerita terbaru?" tanya Anwar sebaik sahaja melabuhkan punggung ke kerusi.

"Errr... Papagomo..." Saifuddin agak kaget untuk bersuara. "Papagomo dah upload video you yang ke-4 di youtube, kali ini dengan seorang gay di Turki... Full colour HD!"

"Lebih 10,000 views dalam masa tak sampai 3 jam... agak memberangsangkan, Datuk Seri!" Nik Nazmi pula menambah.

Wan Azizah pura-pura tidak mendengar penjelasan 2 balaci suaminya, mendongak ke siling memandang cicak mengawan.

"Celaka punya Papagomo! Celaka! Celaka!" Anwar mengetap bibir. "Entah berapa banyak video aku tengah 'main' yang Eskay bedebah tu dah rakam..."

Anwar memandang Azmin yang dari tadi sibuk berSMS dengan Shamsidar. "Dah, lupakan dulu pasal tu. Apa perkembangan terbaru, Min? Bagaimana peluang kita?"

"Susah Datuk Seri... Peluang di Selangor dan Pulau Pinang 50/50. Kelantan dan Kedah pula mungkin diorang rampas balik! Harapan kita hanya pada undi Cina..." jelas Azmin sambil menggelengkan kepala.

"Apa yang harus kita lakukan sekarang, Datuk Seri?" soal Saifuddin. Anwar terkedu seketika, menutup mulut dan hidung dengan kedua belah tangannya. Mengerut kening seperti cuba memikirkan sesuatu. Dari gaya tersebut sudah melayakkan dirinya untuk digelar pemikir #32 dunia!

"Jangan risau... I ada plan baeeek punya! Ini saja last resort untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada kita. Esok I akan buat pengumuman tergempar. Nazmi, you panggil semua wartawan dan bloggers datang ke Masjid Kg. Baru, jam 8.00 pagi esok!"

"Masjid Kg. Baru? Press Confference? Tapi kenapa Masjid Kg. Baru, Datuk Seri???" tanya Nik Nazmi penuh kemusykilan. Azmin dan Saifuddin berpandangan sesama sendiri...


[TUNGGU SAMBUNGAN BAHAGIAN 2 - ESOK]
.

Comments

Brahim Nyior said…
Best.. Ada unsur humor, dengan pengaruh novel santai masa aku baca majalah "Gila-Gila' dulu.. Sinis dan kritikal..

Sambung lagi, bro..
HAZREEN AMRI said…
mana baagian 2 penat tunggu ni encik leman dicaprio
PAPA GOMO said…
aduh sekerat pulak cit... dah berapa hari aku tunggu ni...ha ha ha.
HAZREEN AMRI said…
gomo, peluru dia dah abis ni.....ke anwar dah beli skrip dia...ha...ha....ha