Lim Guan Eng mempersoalkan cadangan meminda Perlembagaan untuk memberi jaminan kepada ORANG MELAYU menjadi Perdana Menteri di TANAH MELAYU (yg kini dikenali sebagai Malaysia) sebagai perkauman/racist! Mungkin LGE sudah mula mencongak-congak dia akan menjadi 'BARRACK OBAMA MALAYSIA' yang pertama...
DAP: Realiti politik bukti Melayu jadi PM, pinda Perlembagaan tak perlu
November 27, 2011
KUALA LUMPUR, 27 Nov – Lim Guan Eng menolak ura-ura untuk meminda Perlembagaan pusat untuk memberi jaminan hanya orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri kerana realiti politik sudah jadi bukti penyandang jawatan harus kalangan komuniti Melayu.
Setiausaha Agung DAP ini berkata, dalam politik negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu, sebagaimana menjadi amalan sejak lima dekad lalu.
“Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang,” kata beliau sambil menegaskan, tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya dari kaum Melayu.
“Oleh itu, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu hanya untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua,” kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak akan menyokong sebarang usaha Umno jika mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi semata-mata menjamin hanya orang Melayu boleh menjadi perdana menteri. -TMI
Comments
Aku ingat otak tok guru nik aziz ni bisa pasal tipu daya dunia, tapi dgn dgn babi LGE sekor ni pun dah kena goreng hangit.