Isu Exco: Hasan Ali dakwa Pas jadi ‘pak turut
Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat Pas awal bulan ini, hari ini mendakwa masyarakat melihat parti Islam itu terpaksa menjadi "pak turut" kepada parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain ekoran perubahan portfolio pentadbiran kerajaan negeri semalam.
Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco bagi menggantikan Hasan.
Hasan berkata, rombakan portfolio Exco menurutnya agak ganjil dan pelik kerana Dr Ahmad Yunus hanya diberi portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diserahkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
"Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah Pas sebagai sebuah parti Islam telah dipijak,” katanya hari ini. -sinar
Comments