"MANA BUKTI??" RANI CABAR HASAN ALI...



Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abd Rani Osman menafikan dakwaan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada Pas adalah disebabkan kepimpinan parti itu menentang kelantangannya dalam meperjuangkan isu-isu berkaitan akidah.

Rani berkata Hassan wajar menyertakan sekali fakta dan bukti seiring dengan sebarang dakwaan yang dibangkitkannya bagi mengelak ianya menjadi tuduhan yang berbentuk fitnah.


"Itu tidak betul, dia (Hassan Ali) jika hendak buat apa-apa pertuduhan, kita perlulah bawa bukti, jangan tuduh sahaja, jadi bila kita tuduh sahaja, maaf memberitahu, ia akan menjadi fitnah dan dalam Islam, fitnah itu satu dosa yang besar...jadi kita hendak buat pertuduhan, perlu bawa bukti," katanya.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa pemecatannya daripada Pas didalangi oleh kalangan pemimpin parti yang menentang kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu-isu akidah.

Beliau berkata demikian di program jelajah Himpunan Sejuta Ummah Selamatkan Aqidah siri ke empat di Dewan Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang, pagi tadi.

Menurutnya, penggugurannya sebagai Exco Hal Ehwal Islam oleh kerajaan negeri Selangor juga berpunca daripada langkahnya menubuhkan sebuah unit khas untuk membanteras kegiatan pengkristianan umat Islam di negeri itu.

Rani bagaimanapun berkata pemecatan Hasan Ali daripada Pas adalah disebabkan tindakan beliau yang selalu merugikan parti.

“Jadi apa yang dia cakap itu tidak betul, sebab saya yang duduk dalam Pas Pusat, bukan sebab itu pula yang pertama memecat beliau, bukan itu masalahnya,” katanya kepada antarapos.

Hasan berkata beliau tidak ditunjukkan sebarang sebab di sebalik pemecatannya daripada Pas pada 8 Januari lalu dan tidak pernah mempunyai rekod salah laku mahupun terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

"Saya digugurkan dan dipecat kerana saya telibat dalam hal-hal akidah. Di Selangor saya tak bagi orang Melayu minum arak tetapi siapa yang menentang? Bukan DAP saja yang menentang (tapi) orang Melayu. Siapa di antara orang Melayu itu? Pemimpin-pemimpin Pas, katanya.

"Kemudian saya terlibat untuk mencegah rumah-rumah urut yang membawa zina, mereka marah saya. Kalau orang-orang DAP marah saya boleh faham (tapi) orang yang pakai kopiah marah saya tak boleh faham," tambah beliau. -AP


Comments

azhar idrus . Nik aziz, pun x de bukti jgk, pakai ckp aje. X fitnah ke? Anwar ada alibi lagi, tak bwk pun ke mahkamah.. Hahaha.
zahari1950 said…
Sememangnya Datuk Dr Hasan Ali di pecat kerana merugikan parti PAS. Apa tidaknya.. dengan tindakannya mengarahkan JAIS serbu dan rampas arak yang di jual secara bebas si Selangor serta serbuan ke atas gereja DUMC telah membangkitkan kemarahan DAP yang di kepalai Roney Liu. PAS adalah minoriti dalam PR. PAS juga sangat menagih sokongan dan bantuan kewangan dari DAP. Dengan tindakan Datuk Dr Hassan Ali tersebut PAS akan kehilangan tempat bergantung. Datuk Dr Hassan Ali berjuang untuk syiar Islam. Tetapi PAS memecat Datuk Dr Hassan Ali kerana takutkan DAP. Itulah buktinya.
Cheguman said…
Sampai qiamat pun DAP tak kan tegur Hasan Ali secara direct. Rani ingat DAP bodoh ke? DAP cuma perlu bagi tekanan pada pemimpin PAS yang lain sehingga mereka terpaksa ambil tindakan pada Hasan.