MSTAR MOHON MAAF KEPADA @WARDINASAFIYYAH... KEPADA @TUNFAISAL?? @mStarOnline


Wardina menafikan dirinya yang menyebut nama Tun Faisal Ismail Aziz dalam temubual telefon bersama portal mStar online... Seperti yang gua sebutkan dalam entri sebelum ini (klik!) adalah dalam nada canda kerana sedar Tun Faisal takkan 'mencemar duli' dalam hal remeh sebegini.


Jelas sekarang mStar yang harus dipersalahkan kerana tidak membuat homework & kajian terperinci sebelum mengeluarkan sesuatu berita. mStar sendiri telahpun melakukan suntingan ke atas berita asal (klik!) dan memohon maaf kepada Wardina. Masalahnya cuma memohon maaf kepada Wardina?? Sedikit-sebanyak berita itu telah mencemarkan kreadibiliti Tun Faisal & Pergerakan Pemuda UMNO, jadi mStar seharusnya memohon maaf juga kepada Tun Faisal & Pemuda UMNO juga!!




Blogger RBF yang memulakan isu 'lakonan samun' oleh Wardina juga telah memohon maaf kepada Wardina dan menganggap isu ini sudah selesai. Gua sendiri meminta maaf secara peribadi kepada Wardina sebab turut memangjangkan isu tersebut (klik!).

Segala bentuk 'serangan' dari blogger2 pro-UMNO yang terpaksa Wardina hadapi semuanya bertitik dari pengalaman lalu bila sesekali Wardina lancang & nakal mengeluarkan kenyataan anti-UMNO/BN di laman twitternya... Apapun gua yakin Wardina sudah banyak belajar dari kesilapan lalu.

Hakikat yang harus Wardina & rakan2 artis lain terima adalah tidak salah untuk menyatakan sokongan kepada mana2 parti politik tetapi jangan cuba untuk menyuntik doktrin politikal dalam kenyataan umum di laman sosial kepada para peminat... Contohnya seorang artis yang mengeluarkan kenyataan "PENGUNDI HULU SELANGOR BODOH!" di laman sosial bila PR kalah dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor dulu.

Semoga Wardina tabah dengan segala onak-ranjau & musibah yang melanda, dan percayalah akan hikmah ALLAH di sebalik setiap kejadian! 'Guru' yang paling baik & paling jujur adalah pengalaman... =)

Comments

pukimaq said…
Lantaklah dia.Aku sama sekali takkan meminta maaf di atas kegitan homoku.