Sebenarnya ini pesanan umum oleh billionaire muda pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengenai peri penting media sosial/baru kepada pemimpin2 politik masa kini. Syukur, DS Najib menjadi perintis utama penggiatan media baru di kalangan ahli politik BN. Masalahnya terdapat jurang yang jauh jika antara pemimpin2 BN & PR dinisbahkan... sampai bila, saat dunia tanpa sempadan sudah semakin mensaujana??
Pesan PM dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia tahun lalu, penglibatan serius dalam media baru merupakan salah satu ciri penting pemilihan WINNABLE CANDIDATES tidak harus dipandang remeh!
Lihat video di bawah, betapa seriusnya PM bila sudah punya channel YOUTUBE sendiri untuk mempromosikan aktivitinya di ruangan maya. Pemimpin2 UMNO/BN lain mungkin sedang belajar untuk membuka akaun FACEBOOK & TWITTER itupun atas keterdesakan mahu terpilih sebagai CALON PRU-13. Syabas kepada pemimpin2 UMNO/BN yang sudah pro-internet, dan yang masih cagu tentang perkara ini bolehlah berkira-kira untuk berundur atau pergi meraban seperti 'Mr.BowDoh' Kadir Sheikh Fadzil!
Comments