KP MCA SELAMBA WALAU DITUMBUK... KALAU PEMIMPIN PR SURE DAH MENGGELUPUR!! @WeeKaSiongMP



KUALA LUMPUR, 27 MAC: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong hari ini mempertahankan bahawa insiden cubaan menyerang dan menumbuk mukanya yang dipercayai dilakukan oleh peserta 'Himpunan 325' di Kajang pada Ahad lalu benar-benar berlaku.

"Saya tidak cedera tetapi saya melihat genggaman yang datang ke arah saya. Saya mengelak tetapi merasakan sentuhan," kata Wee.

"Tetapi dalam soal ini saya berasa hairan kenapa ada satu rumusan tanpa mencari atau mendapatkan keterangan daripada orang yang telah mengadu, maksud saya ialah orang yang dikatakan diserang," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas laporan beberapa akhbar berbahasa Cina yang memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sebagai berkata, tidak ada kes serangan dalam perhimpunan yang diadakan dua hari lalu.

"Adakah polis selepas membuat siasatan untuk sebarang perhimpunan, ada rakam atau tidak, dan kita tengok rakaman, adakah bermaksud begitu dan di manakah serius perkara ini? Saya berasa kesal," katanya.

"Yang saya hairan bagaimana boleh membuat rumusan tanpa soal-siasat. Kedua saya dapat panggilan daripada OCPD selepas beberapa jam kejadian, OCPD tanya YB tadi kena pukul ya? Saya cuma kata saya kena sikit saja, jadi saya kata saya orang yang berprinsip dan saya tidak akan membuat laporan walaupun ada desakan daripada Pakatan Rakyat," katanya.


Pada satu himpunan bagi membantah masalah kekurangan guru di sekolah Cina yang dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zong Ahad lalu, para peserta himpunan nyata tidak berpuas hati dengan kehadiran Wee.

Mereka bukan hanya mem"boo" malah turut mencemuh Wee.

Siri bantahan yang dinamakan himpunan 325 itu dihadiri oleh ratusan penyokong pembangkang, aktivis masyarakat dan pemimpin pembangkang.

Kehadiran Wee ke sana adalah untuk mendengar keluhan warga pendidik Cina yang tidak berpuas hati berhubung masalah kekurangan guru yang didakwa berlarutan sekian lama.

"Orang yang ada di sana tengoklah apa yang berlaku di dalam video itu yang sebenarnya, saya menghadiri majlis itu untuk mendengar masalah rakyat dengan satu hasrat murni, itu sahaja," katanya. -antarapos


BACA JUGA DI SINI (KLIK!)


.

Comments

aboudiabydoo said…
Memang setan-setan PR ni pandai buat gelabah. tambah lagi depa ada malaysiakini, malaysian Insider bagai, untuk buat spin dan buat gempar.

tapi respek kat Wee Ka Siong. Kurang-kurang bikin cerita negatif kat PR 2-3 hari.

Nak bukak cerita lain. Peggh, sekali gua bukak paper, ada promo tempat murtad pulak dekat rumah gua. baca sini.

Pusat Baru Galakkan Murtad di PJ!! Khalid Ibrahim EXCO Agama Islam jangan tidur!

Menyirap. Selamba habis!