KHALID SAMAD BENGANG!! KULIAHNYA DI GEREJA DILEPASKAN, KULIAH DI SURAU DIDAKWA!! @KhalidSamad


Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini berhubung kesalahan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah surau Taman Seri Sementa, Kapar dekat sini, 16 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Khalid mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu, yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Norafizi Fitri Ab Manaf.

Mahkamah juga membebaskan Khalid dengan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin. Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula kes pada 7 Jun ini.

"Hari ini untuk pendengaran sahaja dan saya mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

"Mahkamah juga telah menetapkan pada 7 Jun nanti untuk sebutan kali kedua," kata Khalid kepada Harakah Daily. -SH

Comments