[VIDEO] MAKIN RAMAI YANG SUDAH MUAK DENGAN KELENTONG PKR!!



BERANANG: Seramai 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Beranang di sini bertindak keluar daripada parti itu dengan beralih arah menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN).

Wakil dari penduduk PKNS Beranang menyerahkan borang penyertaan kepada Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz, malam semalam.

Menurut Johan, sudah sampai masanya rakyat khususnya di kawasan Selangor membuka mata dengan semua janji palsu yang diberikan oleh PKR.

"Penyertaan ini juga bukan kerana pujuk rayu parti komponen BN tetapi dengan kerelaan hati masing-masing berdasarkan apa yang telah dinilai oleh mereka sendiri," katanya kepada pemberita.

Malah beliau berharap penyokong BN akan terus bersatu agar BN mampu menawan semula Selangor pada pilihanraya yang akan datang.

“Pastikan BN rampas Negeri Selangor, cukup! Kita jangan ditipu lagi!”, katanya ketika mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli PKR itu. -antarapos


.

.

Comments