ANWAR TERUS CUBA 'MENGENCING' KAUM INDIA...

Kaum India di Malaysia seharusnya sudah cukup masak
dengan janji Anwar Ibrahim yang hanya manis di bibir saja.
Sentiasa ingat penipuan Kg Buah Pala, Pulau Pinang
sebelum terus diperbodohkan oleh pemimpin gila kuasa
yang sanggup janjikan bulan-bintang seperti ini...

Anwar terus tabur janji kepada kaum India

28/5/2012 - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terus menabur janji untuk membela kaum India sekiranya gagasan itu diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Malah menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekataan yang diambil kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak efektif justeru gagal menyelesaikan masalah kaum itu termasuk isu pendidikan dan kerakyatan.

"Perkara pertama kita buat (bila jadi pemerintah), turunkan minyak. Yang kedua, pendidikan. Masalah orang India sebelah sini tak dapat biasaiswa, jadi oleh itu saya kata cukuplah politik perkauman. Biar kita ada pelajaran untuk semua rakyat dari sekolah rendah hingga universiti percuma," kata beliau di sini, petang tadi.

Perhimpunan Pasukan Tindakan Hak India (Indraf 2.0) yang dianjurkan oleh Suara India Malaysia (MIV) di Brickfield petang tadi antaranya menuntut agar tiada sekatan kepada kaum India untuk memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT).

Malah kumpulan itu turut mendesak agar bantuan pendidikan dianugerahkan secara adil tanpa diskriminasi kaum.

Mengulas lanjut isu pendidikan percuma yang tawarkan PR, Anwar dalam masa yang sama menyindir Perdana Menteri Datuk seri Najib Tub Razak akan komitmen kerajaan untuk membela nasib rakyat.

"Najib kata kos untuk menampung pendidikan percuma adalah 48 billion. Paling maksimum 28 ke 30 billion, itu untuk 14 tahun. Saya kira RM 5 billion setahun termasuk yuran pengajian, asrama, tambang, elaun rumah dan sebagainya kita bayar.

Menurut Pengerusi MIV, V. Raidu, perhimpunan tersebut bertujuan untuk memperjuangkan hak asasi kaum India yang sehingga kini didakwa masih ditindas.

MIV sebelum ini telah menyerahkan memorandum yang mengandungi 10 resolusi mengenai kepentingan kaum India kepada Perdana Menteri dan pemimpin PR agar diberi perhatian.

Antara perkara yang terkandung dalam resolusi tersebut adalah berkaitan isu kerakyatan, pendidikan dan sosio ekonomi kaum India. -antarapos

Comments