#HBN2012 - ADAM ADLI TAK SABAR NAK BERKHEMAH DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA ESOK!!


Bila menyedari penyertaannya dalam #OccupyDataran Anti-PTPTN lalu hanyalah usaha terlebih masa lapang yang tidak menampakkan apa2 impak positif kepada minda anak muda & belia Malaysia, Adam Adli akhirnya membuat keputusan bijak untuk berkhemah 5 hari 5 malam di Putrajaya sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 yang akan berlangsung mulai esok.

"Saya insaf dan tidak akan membuat kerja tidak berfaedah lagi seperti baring di atas jalan atau panjat pintu pagar malam-malam buta. Berkhemah di Dataran Merdeka dulu juga membuatkan saya seperti seorang remaja yang kurang kasih sayang...

"Sebab itu saya nekad untuk menyertai Himpunan Jutaan Belia 2012 bagi membuktikan saya juga seperti majoriti belia Malaysia, seorang anak muda yang waras, kreatif, energetik dan rasional!" ujar Adam Adli penuh bersemangat sambil mengemaskan khemah dan pakaiannya untuk menuju ke Putrajaya - menyertai HBN2012.

Okey, baca perenggan2 di atas dengan nada sarkastik! ;-)

Jangan lupa untuk menyertai Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya mulai esok (23 Mei) hingga 27 Mei 2012... Banyak acara menarik disajikan yang pastinya akan mencoret satu helain kenangan manis dalam diari hidup anda! Jumpa di Putrajaya!



Comments

Anonymous said…
x yah g. maksiat semua tu
Anonymous said…
moga dia ikhlas insaf bagi la peluang pada anak melayu ni..BN kerajaan berhemah kita tidak mahu gelap masa depan anak bangsa