FATWA NIK AZIZ - UNDI PAS RUKUN ISLAM KELIMA!!


Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz turut bersetuju jika penyokong parti Pas membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengeluarkan arahan rasmi supaya mereka berbuat demikian kerana ia terserah kepada pucuk pimpinan parti.

Bernama melaporkan, Nik Aziz berkata, Islam tidak mewajibkan mereka pergi mengerjakan Haji setelah nama mereka tersenarai sebagai jemaah haji oleh Tabung Haji pada tahun berkenaan.

"Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun keenam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, hari ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru didakwa meminta anggota Pas yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji.

Mengenai kerajaan Pas Kelantan menarik balik larangan wanita menyertai tilawah Al-Quran selepas lebih 20 tahun larangan itu dikuatkuasakan, Nik Aziz berkata, perkara itu boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kerana kebanyakan umat Islam kini sudah memahami mengenai agama dan adat sopan dalam masyarakat.

Kerajaan Pas Kelantan mula melarang wanita menyertai tilawah al-Quran di semua peringkat selepas mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990. Ia menimbulkan isu sehingga ia dibantah oleh Persatuan Qari dan Qariah negeri ini yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula larangan itu.

Subhanallah... apakah ini ujian Allah terhadap umat Islam dinegara ini, terlalu dangkal hujah Nik Aziz untuk menyuruh penyokong atau pengundi membatalkan hasrat mereka menunaikan Haji, sedangkan Haji yang mereka ingin tunaikan bukannya haji 'taja' sebaliknya dengan niat kerana Allah Taala.

Apakah Nik Aziz lupakan MATI bila mengatakan Haji itu boleh dilakukan bila-bila masa??

baca seterusnya di blog GELOMBANG KICK!!


.

Comments