LAGI BEST KALAU RAFIZI SPIN AKAUN RM3 BILLION MILIK DS NAJIB!

Post Pic

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa akaun RM3 bilion yang dituduh milik Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan akaun bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu sendiri.

Rafizi tampil membuat pendedahan tersebut setelah membuat penyelidikan peribadi terhadap Datuk Abdul Murad Khalid.


"Dakwaan Datuk Murad Khalid mengenai kewujudan akaun utama yang memegang tanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri," kata beliau di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Menurut Rafizi, keraguan itu timbul setelah mendapati pendedahan yang dilakukan bekas penolong gabenor itu sebelum ini tidak terperinci dan hanya menyebut beberapa nama dan mengaitkannya dengan Ketua Umum PKR itu.

"Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya beliau tidak menyenaraikan pun harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Menurut Rafizi, berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan, Abdul Murad didapati pernah menerima habuan dalam bentuk pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan serta insuran perlindungan kediaman berjumlah RM3.1 juta daripada pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara Malaysia.

Malah, beliau turut mendakwa Abdul Murad mempunyai kepentingan dalam syarikat Kenworth Sdn Bhdd dan mendapat manfaat daripada 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo.

Katanya, pendedahan lain akan turut dibongkarkan dari masa ke semasa jika beliau tidak tampil memberikan penjelasan.

Anwar sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut dan menggesa agar siasatan dilakukan secara terbuka.

Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lalu. -antarapos

Comments