LEPAS FAEKAH, KINI SELANGOR NAK CAMPAK LATHEEFA KOYA KE LONGKANG!!

Rupa2nya mereka baru sedar dalam PR/PKR ni memang banyak buah buruk... Skandal Talam - bila Khalid Gagap nak gugurkan diri sendiri??



Khalid Sahkan Perbincangan Gugurkan Latheefa Koya

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui terdapat perbincangan dalam mesyuarat negeri untuk menggugurkan Ketua Penerangan PKR Pusat, Latheefa Koya daripada jawatan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Khalid yang ditemui media walau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkara itu sebelum kerajaan Selangor membuat sebarang keputusan demi mematuhi etika mesyuarat.

"Ia dalam perbincangan sahaja. Saya tidak boleh mengulas lanjut perkara ini kerana ia masih dalam penyelidikan kita," katanya kepada pemberita.

Malah Khalid turut merumuskan bahawa beliau tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan untuk mengembar-gemburkan perkara ini.

Memetik portal berita FMT, Khalid sendiri telah mencadangkan penyingkiran Latheefa dan disokong oleh Exco Selangor yang lain ekoran kelantangan peguam hak asasi manusia itu mengkritik pentadbiran negeri.

Malah Latheefa turut didakwa menghantar beberapa mesej pesanan ringkas (SMS) mempertikai pentadbiran Khalid dalam isu rumah setinggan selain mengajukan ketidakpuasan hati beliau kepada Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan tertinggi PKR.

Perkara tersebut dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Selangor dan telah dipanjangkan dalam mesyuarat Exco Selangor, kata laporan tersebut.

Sementara itu, Latheefa yang dihubungi AntaraPos sebentar tadi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Adakah Tan Sri Khalid sendiri yang kata begitu? Saya tidak mahu memberi sebarang komen."
Turut dihubungi Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar yang menyifatkan dakwaan bahawa beliau dan exco-exco yang lain menyokong agar Latheefa disingkirkan daripada menjadi Ahli Majlis MBPJ adalah tuduhan palsu.
"Tiada. Itu semua berita palsu," ujar beliau dengan tegas. -antarapos

Comments