MUSTAFA ALI PENING-LALAT... SIAPA SEBENARNYA YANG MEMPERALATKAN ARTIS??

Lawak tahap maksimas bila orang kuat PAS - Mustafa Ali 
menyatakan UMNO yang cuba memperalatkan artis 
sedangkan kita boleh lihat hakikatnya PAS yang selama ini 
menjadikan artis sebagai LEMBU PROMOSI untuk 
memenuhkan lohong kosong di lapangan ceramah. 

Senaraikan saja artis yang telah menjadi ahli UMNO:- 
Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Amy Search, Jamal Abdillah, 
Mus May, Zed Zaidi dan ramai lagi... 
SIAPA ANTARA MEREKA YANG DIHERET UNTUK 
MENJADI PENCERAMAH DALAM PROGRAM UMNO??

Kita boleh saksikan kontrasnya bila Bob Lokman sudah mula  
menjadi 'ustaz segera' di pentas ceramah PAS, Abby Abadi menjadi  
'daya penarik', produk promosi di poster2 ceramah  
supaya ramai yang hadir di ceramah PAS,  
Hairie Othman pula sudah menjadi tukang kutip derma 
di ceramah2 PAS... 
SIAPA SEBENARNYA MEMPERALATKAN ARTIS??


Tak salah untuk artis menyertai mana2 parti politik,
tapi pergunakanlah mengikut bakat seni & keupayaan mereka
bukan dipaksa menjadi 'ustazah meraban' seperti Abby Abadi
bila penyertaan artis tidak digunakan pada saluran yang betul...

biarlah artis2 'matahari jatuh' tu terus dikeldaikan oleh PAS...
sudahnya itulah sokongan yang membawa rebah!


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tuduhan Umno bahawa Pas terdesak menggunakan artis untuk meraih sokongan muda sebagai penghinaan kepada golongan artis.


Beliau berkata, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah.


“Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu.


"Kita tidak pernah memaksa mereka. Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Menurutnya, Umno terdesak apabila melihat perkara baru dalam perjuangan Pas, sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataanseperti itu. -SH

Comments

Anonymous said…
Lama kelamaan nanti artis2 ini akan terhantuk dan terjaga dari mimpi...ketika itu baru lah mereka tahu mana intan mana kaca ! < BEKAS AHLI PAS >