Foto di bawah bukan untuk menunjukkan
salah satu unsur riak...
Tun M tak mintapun fotonya dirakam semasa dia
sedang solat... cuma tidak pasti
Tun M solat di masjid atau rumah seseorang.
Foto ini dirakam untuk
dijadikan koleksi folio seorang fotografer.
Itu cuma tentang foto Tun M...
Tentang foto2 lain di bawah sana sila baca kupasan menarik
dari blogger Manzaidi:
==========================
Secara tidak sedar amalan-amalan kita boleh juga menjadi hijab kepada diri sendiri iaitu beramal, tetapi bertambah dosa-dosa kita kerana orang yang beramal itu lebih mudah dijangkiti virus iaitu riak.
Apa itu riak? Riak ialah orang yang beramal supaya dilihat oleh orang lain. Riak juga termasuk dalam dosa-dosa besar iaitu syirik khofi dan membatalkan pahala sesuatu ibadah.
Mungkin orang yang jahil dalam ilmu ini akan berkata, "amal diterima atau tidak adalah hak Allah SWT. Kita buat sajalah segala suruhan dan jauhi larangan-Nya. Kita tidak layak nak menghukum sesuatu."
Ulamak Sufi menitik beratkan betapa bahayanya dosa batin ini... hakikatnya dosa batin lebih sukar nak dirawat dan diubati dari dosa zahir dan ia menjadi fardu ain bagi kita untuk menghilangkannya.
Antara ciri-ciri riya’ itu:
Elok sangatlah tu...tunjuk contoh riak kepada rakyat. Si bapak bersolat atas tanah. Orang ramai tak diajaknya bersolat bersama, sebaliknya dibiarkan mereka mengelilinginya melihat dia bersolat.
Beginikah tok guru? Biarkan orang ramai tak solat. Dan biarkan orang ramai melihatnya. Khusyuk ke tok guru solat? Atau dalam hati berkata, "tentu mereka perasan aku ni orang warak. Atas tanah kering yang kotor pun aku solat..."
Si anak pula, mungkin terlupa bawa sejadah, terus solat atas rumput, tanpa rasa was-was akan kebersihan rumput itu. Orang ramai yang lalu lalang di situ bukan memuji, tetapi mengeleng kepala melihat kedaifan dan kejahilan anak tok guru ini beribadat.
Inilah contoh dua beranak yang riak. Masjid ada, surau ada, pondok ada, rumah orang pun ada berdekatan mereka . Rumput dan tanah kering juga mereka pilih nak bersolat. Nak gambarkan Kelantan ni tak ada pembangunan dan keadaannya macam zaman orang batu.
Perbuatan Menunjuk-nunjuk
Bagaimana Islam memandang kepada masalah berikut:
"Seseorang guru itu sentiasa berpesan kepada murid-muridnya supaya berkelakuan baik, berakhlak mulia dan bersopan santun pada setiap masa, sama ada berada dalam kawasan sekolah atau pun di luar kawasan sekolah, supaya imej sekolah akan menjadi "baik" di mata masyarakat.
Lebih-lebih lagi pada waktu-waktu tertentu seperti waktu perjumpaan antara ibu bapa dan guru (PIBG), hari orang-orang kenamaan hadir, sewaktu lawatan ke tempat-tempat lain dsb.
Pelajar-pelajar ini akan diminta supaya menunjukkan akhlak yang terbaik kepada orang ramai. Walaupun pada hakikatnya, ketika di luar waktu-waktu tersebut bukanlah akhlak sebegitu yang dimiliki oleh mereka.
Soalan ana... Bukankah hal sebegitu hampir kepada perbuatan menunjuk-nunjuk dan berbohong? Atau terdapat hasrat atau tujuan lain di sebalik arahan guru tersebut?
Wassalam
Ya, pendidikan non-Islamik atau berasaskan tradisi memang begitu, menutup aib dan dihiasi dgn penampilan lahiriah. Pendidikan Islam bukan begitu, apalah gunanya penampilan yg manis sedangkan tersembunyi hal yg buruk dan pahit.
Firman Allah SWT, "...dan tinggallah dosa yang nampak dan yang tersembunyi." alAn'am: 120
Pendidikan dan asuhan kanak2 di sekolah seperti juga pertumbuhan biji benih memerlukan gabungan persekitaran dan pendidik yang bermutu sebagaimana biji benih yang memerlukan cahaya, baja, saliran dan penjagaan.
Sebagaimana Firman Allah mengenai hamba-Nya Yusof AS: "...dan tatkala dia cukup dewasa, kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu." Yusof: 22
Sikap menunjuk-nunjuk dan hipokrit atau menutupi hakikat ini akan melahirkan manusia yang double standard, menutupi keburukan batinnya dengan lahiriah yang dilakunkan. (Dr Muhammad alGhazali, Jaddik Hayatak)
Kehinaan Riak (Menunjuk-nunjuk)
Segala puji dan sembah bagi Allah Tuhan sekalian alam, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan dengan-Nya dan memohon ampun darinya, dan kami berlindung dengan Allah dari kejahatan kami dan dari dosa amalan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada sesat baginya. Dan siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada petunjuk baginya. Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya, dan tiada nabi selepasnya..
Sesungguhnya telah termaktub mengenai kehinaan riak di dalam al-kitab dan as-sunnah. Di antaranya ialah Allah 'azza wa jalla berfirman yang bermaksud: "Celakalah bagi orang yang bersolat, yang mana mereka lalai di dalam solat, juga mereka yang menunjuk-nunjuk." (surah al-Maa'un #4,5 dan 6)
Allah 'azza wa jalla juga berfirman yang bermaksud: "Maka barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka beramal lah dengan amalan yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesuatu di dalam ibadah kepada Tuhannya." (surah al-Kahfi #110)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya perkara yang menakutkan, yang mana aku takut berlaku ke atas kalian ialah syirik kecil." Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, apakah itu syirik kecil?" Nabi menjawab: "ar-riak (menunjuk-nunjuk). Allah ta'ala akan berkata kepada mereka (orang yang riak) di masa hari penghitungan amalan: "Pergilah kamu kepada apa yang kamu pamer-pamerkan semasa kamu di dunia. Adakah kamu mendapati apa-apa kebaikan dari perkara yang kamu pamer-pamerkan itu?"(riwayat Ahmad #5/428, 429)
Dari dalil kedua dan ketiga, kita dapati istilah syirik dan syirik kecil. Seperti mana yang disebut Nabi dalam hadis di atas, ketahuilah!! sesungguhnya riak itu termasuk di dalam syirik kecil.
Sesungguhnya ar-riak (menunjuk-nunjuk) itu adalah dari ar-ru'yah (penglihatan) dan as-sum'ah (memperdengarkan) dari as-sama'u (pendengaran).
Di sini, saya akan bawakan kepada kalian pecahan bagi riak.
1. Riak di dalam agama.
2. Riak di dalam penampilan/pakaian.
3. Riak di dalam percakapan.
4. Riak di dalam amalan.
Ya Allah, sucikanlah hati kami dari hipokrit, dan amalan kami dari riak, dan lidah dari berbohong, dan dari khianat dengan amanah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati kami.
dipetik dari LAMAN BLOG MANZAIDI
Comments
Tapi Nik Ajis dan Nik Abduh bersolat di luar rumah, surau atau masjid dan kemudian sambil bersolat orang lain dok kerumun dan ambik gambar. Agak-agak mane yang terlalu riak tu...????
kenapa perlu nak menunjuk-nunjuk bila beribadat/solat ditempat yg terbuka, tempat org lalu-lalang, juga kemungkinan tidak suci dr kekotoran yg kita tidak nampak.
bukankah sudah disediakan tempat yg sempurna dan bersih utk beribadah.
sedangkan jika berada di kawasan rumah pun kita beribadah di dalam rumah bukan diluar rumah.
Allah SWT beri akal kpd manusia utk berfikir dan guna dgn sebaiknya. wallahualambisawab...