AWAS... RAKSASA 3 KEPALA MENUJU KE PUTRAJAYA!! #BNYCT


PAKATAN RAKYAT kini digambarkan ibarat raksasa tiga kepala kerana tidak sepakat menggunakan tema Hari Kebangsaan di negeri diperintah mereka selepas menolak tema kerajaan Pusat “Janji Ditepati”.

Menurut Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, keputusan Pakatan Rakyat (PR) jelas menunjukkan bahawa mereka tidak sepakat.

“Dahulu dalam tamadun Greece, ada cerita mengenaisatu raksasa gergasi yang mempunyai satu badan dengan tiga kepala.

"Pembangkang macam gergasi inilah, ada tiga kepala. Dia tidak tahu kepala mana yang nak 'control'.

"Perkara mudah tentang tema kemerdekaan pun mereka menggembar-gemburkannya seolah-olah tidak terima tema daripada kerajaan dan hendak pakai mereka punya sendiri,” ujarnya.

Menurut Khairy, pembangkang buat keputusan dengan satu tema tetapi akhirnya ada tiga tema tetapi Itu pun tidak dapat kata sepakat apabila negeri lain pilih tema lain.

Beliau mengulas kekalutan dalam pembangkang dalam menentukan tema hari kebangsaan ketika sidang media selepas melancarkan "Pasukan Siber Pemuda BN" (BNYCT), di Ibu Pejabat UMNO, Rabu.


Ketua Pemuda UMNO itu menegaskan, isu tema itu memberi gambaran tentang bagaimana Pakatan Rakyat akan mentadbir negara sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sekiranya mereka menang, beginilah cara mereka tadbir negara.

Dasar lain, undang-undang pun lain.

"Mungkin di Kelantan ada hudud dan di negeri-negeri lain tiada hudud.

Di Kedah ada hudud, di Pulau Pinang tidak ada hudud," katanya lagi.

Beliau menambah, ia sebenarnya merupakan satu hikmah yang menunjukkan bagaimana satu perkara mudah pun Pakatan Rakyat tidak mempunyai persepakatan untuk menyelesaikannya.

"Bagi saya, nampak sangat bahawa semangat mereka bukan untuk semangat kenegaraan tetapi untuk semangat politik partidan politik kenegerian.

"Saya sarankan supaya (Pakatan Rakyat) tidak perlu keluarkan logo bersama kerana tema sudah berbeza," katanya.

Tema sambutan Hari Kebangsaan bagi Kelantan ialah 'Menerajui Perubahan', Kedah memilih 'Terus Berbakti' manakala Pulau Pinang dan Selangor berkongsi tema yang sama iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Beliau juga bersetuju jika pembangkang menerima cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz supaya menggunakan tema “Janji Tidak Ditepati”.

kj-bn4xx

Sementara itu mengenai BNYCT, Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berharap kewujudan sukarelawan BNYCT akan menjadi gelombang atau ekosistem membolehkan Barisan Nasional (BN) menyalurkan maklumat kepada generasi muda dengan lebih cepat dan tersusun.

Mengakui peranan media arus perdana masih berkesan, beliau yakin berita-berita asal media berkenaan akan diwarnai ahli-ahli BNYCT melaui twitter dan facebook sekaligus lebih cepat penyebarannya.

Katanya, usaha ini akan memastikan dunia siber tidak lagi akan dimonopoli pembangkang seperti 2008 yang menyebabkan tsunami politik. -agendadaily





.

Comments

Anonymous said…
kepala cabang xpe jgn lidah bercabang..kehkehkeh