HUTANG JNSB BUKAN MASALAH UNISEL - KHALID IBRAHIM


Kemelut masalah hutang hampir RM15 juta melibatkan kos penyelenggaran dan bayaran asrama di antara Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) dan Universiti Selangor (Unisel) dijangka berlarutan apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih enggan mengakui hutang berkenaan.



Menurutnya, isu pembayaran gaji tidak timbul kerana kerajaan negeri hanya membuat bayaran gaji kepada pekerja Unisel dan bukannya pekerja JNSB.

Bagaimanapun Khalid berkata, kerajaan negeri dan JNSB masih membincangkan mengenai perkara tersebut dan antara bantuan yang boleh dihulurkan kepada JNSB adalah pemberian gaji sementara kepada mereka.

"Ini bukan pembayaran gaji bukan untuk Unisel. Ini pekerja Jana Niaga. Jana Niaga yang sepatutnya bayar gaji tersebut.

"Pada kita, ini boleh dibincangkan. Antara usaha yang boleh kita buat ialah, kita boleh memberi gaji sementara kepada mereka sehingga mereka boleh menyelesaikan perkara-perkara yang pelru diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Bangunan Baru Lapan Tingkat Sekolah Cina Pin Hua, di sini, hari ini.

Unisel sebelum ini dilaporkan gagal membayar kos penyelenggaran penempatan pelajarnya sejak 17 bulan lalu.

Masalah itu menyebabkan sebahagian besar pelajar Unisel berhadapan dengan masalah tempat tinggal ekoran asrama mereka tidak dibuka pada sesi pendaftaran awal bulan ini.

Keadaan tersebut juga menyebabkan Unisel terpaksa menunda tarikh kemasukan semester baru kepada 27 Ogos lalu.

Dalam pada itu, ditanya mengapa kerajaan negeri tidak membuat bayaran kepada JNSB, Khalid berkata, kerajaan negeri khuatir sekiranya pembayaran sudah dilakukan tetapi wang tidak diserahkan kepada pekerja.

"Itu yang kita takut, nanti kita bagi pada Jana Niaga, pekerja tidak dapat duit lagi," katanya. -antarapos

Comments

Anonymous said…
"Khalid berkata, kerajaan negeri khuatir sekiranya pembayaran sudah dilakukan tetapi wang tidak diserahkan kepada pekerja."

alamak MB tolong lah jangan menipu lagi. selama ni pun budak2 unisel bayar terus dekat JNSB boleh jer dorang bayar gaji pekerja, tapi semenjak unisel bagi arahan dekat ptptn supaya bayar terus dekat unisel student tak dapat bayar terus dekat JNSB, student takder masalah dengan JNSB yang bermasalah adalah pihak pengurusan yang tidak ikhlas..orang mb jugak takkan nak mengaku
Anonymous said…
Khalid Berkata "Hutang JNSB bukan masalah UNISEL" saya setuju.

TETAPI UNISEL tak bayar hutang sehingga 17 bulan dengan jumlah RM15j, bukankah itu MASALAH.

Dasar khalid tidak membantu malah membunuh peniaga. Bukankah ini satu kerajaan yg ZALIM??????