MANA PATRIOTISME #JANJIBERSIH?? LEBIH POLITIKAL BERBANDING #JANJIDITEPATI!!


Cadangan Jawatankuasa Pemandu BERSIH bersama 26 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program 'Janji Bersih' pada 31 Ogos nanti bukan mencermin semangat patriotik rakyat di negara ini.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Profesor Datuk Abdul Latiff Abu Bakar berkata aktiviti tersebut hanya akan mencemar keharmonian sambutan Hari Kemerdekaan melalui amalan demonstrasi.

"Jangan tarikh ini dipolitikkan sehingga mahu mengadakan demonstrasi, ini tindakan yang tidak sihat (tidak wajar).

"Jika tidak setuju dengan dasar kerajaan, buat melalui cara lain. Jangan digunakan tarikh keramat ini dengan mengadakan perhimpunan dan sebagainya," kata beliau ketika dihubungi.

Sasterawan bertukar aktivis, Datuk A Samad Said hari ini mengumumkan untuk mengadakan sambutan Hari Merdeka alternatif bagi tujuan mengingatkan kerajaan tentang tuntutan pilihan raya bersih dan adil.

Aktiviti tersebut mengajak peserta untuk memakai warna kuning sebagai simbol perjuangan menuntut ketelusan dalam pilihan raya namun menegaskan ianya bukan dianjurkan di bawah nama BERSIH kerana hanya melibatkan 26 daripada 80 NGO.

Sehubungan dengan itu, Abdul Latiff mencadangkan agar mana-mana pihak yang berhasrat untuk menerapkan agenda politik bersempena sambutan itu nanti membatalkan niat masing-masing.

"Hari kemerdekaan untuk kita kibarkan bendera dan menunjukkan kesetiaan kita kepada negara, masing-masing boleh berpolitik lain kali," tambah beliau lagi.

Comments