Biro Politik PAS memutuskan untuk terus berkasih sayang dengan Karpal Singh sekalipun Pengerusi DAP Kebangsaan itu boleh sesedap rasa menolak dan memperlekehkan ‘bahang dagangan politiknya’ hendak melaksanakan hukum Hudud dan Negara Islam di negara ini jika menguasai Putrajaya.
Sebaliknya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menggesa PAS agar keluar pakatan pembangkang kerana pendirian terbuka DAP menentang hajatnya itu akan menghadapi penghakiman oleh Majlis Syura parti itu.
Lebih melucukan Datuk Seri Haji Hadi Awang memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat biro berkenaan di Kuala Lumpur Sabtu,PAS menerima secara positif kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam soal hukum hudud dan Negara Islam.
Kekalutan PAS menghadapi isu Nasharudin jelas terpancar hingga Presiden PAS itu terpaksa ‘cover line’ dengan memberi untuk terus berdakap mesra dengan Karpal@DAP .
Katanya PAS akan terus berusaha bagi menjalankan hukum hudud di negara ini melalui proses demokrasi.
"Karpal hanya menentang dan ini tidak mungkin mematahkan semangat kami kerana kami percaya dan sentiasa mendukung sistem demokrasi negara ini," ulas beliau.
Lawak dan lucunya di sini ialah Nasharudin yang bercsakap tentang realiti dan kebenaran dipinggirkan manakala DAP tetap disanjung.
Demi politik dan gila hendak ke Putrajaya sikap PAS yang menjadi bahan tertawa ini tidaklah mengejutkan.
Siapa boleh lupa kenyataan mengarut Haji Hadi yang menyifatkan video itu besi dan tidak boleh dijadikan bahan bukti ketika hendak ‘ pejam mata’ pada isu dakwaan skandal video seks 99.9 peratus tulen melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Inilah rupa sebuah parti kononnya hendak menegakkan syiar Islam yang bertindak memilih ikut selera politik.
Engkau garu aku..aku garu engkau.
Maka Sabtu malam,Anwar pun mencelah tumpang semangkuk mengeluarkan satu kenyataan khas mengulas isu hudud dan negara Islam sedangkan semua orang tahu PKR selama ini ‘ play safe’ tidak berani membuat pendirian jelas keatasnya kerana takut kehilangan undi kaum Cina.
Maka berkatalah Ketua Umum PKR itu bahawa pendirian UMNO dalam isu berkaitan dengan hukum hudud sejak kebelakangan ini membuktikan parti teras Barisan Nasional (BN) itu terus mengamalkan gejala politik melulu.
Selain itu menurut beliau, UMNO juga kelihatan mengamalkan politik terdesak dan ugutan untuk "membangkitkan persengketaan agama dan etnik" ketika negara bakal menyaksikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Kita tak seharusnya terpengaruh dengan keterdesakan politik serta ugutan oleh UMNO-BN,”katanya.
Apa lagi yang beliau dapat kata dalam usaha untuk menutup perang antara PAS-DAP berkaitan persoalan syariah, hudud dan Negara Islam kecuali memberi alasan pihaknya mengiktiraf serta menghormati perbezaan pandangan dan kedudukan parti-parti komponen dalam PR.
"Ini mencerminkan penerimaan kami terhadap amalan konsensus politik.”katanya.
Ha..ha..ha..siapa tahu mungkin juga pendirian pakatan pembangkang yang tidak berani buat bising dan hendak dan mahu menutup rapat isu dakwaan skandal video seksnya dengan pelacur China juga satu konsesus politik antara mereka.
Disebalik semua ini , Nasharudin perlulah menerima PAS yang haru biru dan cacamarba seadanya hari ini.
Datuk Dr Hasan Ali yang membuat komentar yang menyakitkan hati pembesar PAS lain tentang perangai parti itu yang didakwanya kini menyimpang dari perjuangan asalnya sudah jauh terpelanting.
Ibarat Si Luncai nak terjun dengan labu-labunya….PAS merasa ia cukup kuat bersama DAP dan PKR sekarang.Jadi jangan siapapun ganggu matlamat mereka hendak ke Putrajaya.
Maka tidak menghairankan Haji Hadi kata dalam sidang akhbar selepas mesyuarat biro politik PAS bahawa kenyataan Nasharudin itu tidak sedikit pun memberi kesan ke atas parti.
"Saya akan serahkan kepada Majlis Syura untuk mengambil sebarang tindakan kepada Nasharudin," katanya.
Presiden PAS itu berkata kes Nasharuddin diserahkan kepada Majlis Syura kerana beliau bukan lagi menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat dan Biro Politik dalam parti itu.
Majlis Syura itu dijangka bersidang pada 9 September ini.
Haji Hadi berkata PAS akan tetap berjuang bersama pakatan pembangkang kerana perjuangan agenda perjuangan parti lebih besar berbanding dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasharudin.
Agenda besarnya tentulah Putrajaya.
Lepas itu barulah ‘perang besar’ dengan DAP ….tak gitu Tuan Guru?
Atau mungkin waktu itu sudah selesa dibuai kerusi empuk...dah terlupa langsung bab Hudud dan Negara Islam.
Sekarang biar bising lebih sikit.
DAP hentam PAS untuk kejar undi bukan Melayu...PAS terus dengan sandiwaranya untuk buru undi orang Melayu. -agendadaily

Comments