Gua rasa diorang terbawa-bawa
budaya kampungan,
tak faham adab kehidupan di Putrajaya.
Kat Kota Pentadbiran yang aman-makmur ni
nak jemur kain pun ada disiplinnya,
apatah nak menunjuk-nunjuk
bendera hijau bodoh tu memang
tak kena tempat sangat laaa!
Tindakan ahli parti PAS yang mengadakan solat di kaki lima Precint 15, menyebabkan beberapa penduduk tampil meluahkan rasa kekesalan mereka akibat tindakan PAS yang dilihat mahu menunjuk-nunjuk kepada masyarakat sekitar Putrajaya.
Seorang penduduk yang ditemui kru Putrajaya-Online Rashid Manaf 36, mempersoalkan tindakan ahli PAS yang bersolat di kali lima sedangkan terdapat banyak surau serta masjid-masjid di sekitar Putrajaya.
"Solat secara berjemaah memang sesuatu yang dituntut oleh agama, namun tindakan PAS bersolat di hadapan premis perniagaan di Precint 15 ini sebenarnya telah menganggu urusan penduduk, kerana khemah yang dibina telah menghalang laluan pejalan-pejalan kaki"
"Adakah Majlis Perbadanan Putrajaya membenarkan mereka membina khemah di laluan tersebut, kerana tindakan itu sebenarnya menghalang laluan pejalan kaki, malah setahu saya markas mereka (PAS) di tingkat dua terdapat ruang yang luas untuk mengerjakan solat" katanya...
baca seterusnya di portal PjO ---------> PUTRAJAYA-ONLINE
.
Comments
masalahnya perbuatan diorg tula yg memulakan timbulnya fitnah. jd kalo x mau fitnah lg berleluasa jgnla buat benda2 bodoh mcm semayang kat kakilima bila surau/masjid merata2 kat malaysia ni.
jentayu