UFB MEMBURU LAILATULQADAR DI RED LIGHT DISTRICT?? @UstazFathulBari


Jangan salah faham, ini sebenarnya kunjugan
UFB bersama krew MetroTV di kawasan
Bukit Bintang, KL yang juga dikenali sebagai
'Red Light District' Lembah Kelang untuk meninjau kehidupan
umat Islam di kawasan tersebut dalam bulan Ramadhan.



Komen Abu Aqif: Terima kasih kepada krew Metro TV kerana memberi peluang kepada Abu Aqif untuk mengikut secara live kerja-kerja pemerhatian yang mereka lakukan. Juga sangat berterima kasih kerana membenarkan rakaman ini disiarkan walaupun ia belum tersiar lagi di Metro TV

Jika dilihat suasana di tempat maksiat di lokasi dan pada hari tersebut, ia kelihatan seperti orang Islam yang berkunjung di sana tidak mengambil kisah akan kehadiran Ramadhan. Apatah lagi keketibaan 10 malam terakhir Ramadhan.

Adakah ini yang kita harapkan dari orang Islam di Malaysia..?? Adakah kita patut biarkan sahaja mereka dengan dunia mereka..?? Atau kita perlu buat sesuatu..? Kalau kena buat sesuatu, siapa yang patut buat..? Atau adakah ini tanggungjawab kerajaan semata-mata..?? Ke kita juga kena ada inisiatif untuk bentu selamatkan saudara Islam kita ni..? Ke macam mana..?

* Harap maaf. Pemerhatian di beberapa lokasi tidak dapat dirakamkan atas sebab² keselamatan.

USTAZ FATHUL BARI MAT JAHYA (CEO ILMU)
Tajuk: Muslim Di Tempat Maksiat 10 Malam Terakhir Ramadhan
Lokasi: Bukit Bintang, Chow Kitt, Lorong Haji Taib
Tarikh: 10/08/2012

Comments