DAP RISAU, CUBA HALANG PEMUDA UMNO & PAS BERSATU!


Pada awalnya gua juga kurang bersetuju dengan perhimpunan 
di hadapan kedutaan AS untuk menzahirkan protes terhadap 
penghinaan rakyat mereka ke atas agama Islam.

Gua bukan tidak setuju dengan protes, tapi bimbangkan 
situasi menjadi tidak terkawal hingga mencalarkan lagi imej Islam 
di mata masyarakat Barat... 
seperti yang terjadi di Indonesia (BACA SINI)

SU Negara AS, Hillary Clinton sendiri
dengan jelas menyatakan
"US gov. had absolutely 
nothing to do with this video"
Jadi gua fikir apapun mesej atau memorandum yang
ingin disampaikan kepada kedutaan AS 
tidak akan membawa apa2 natijah.

=====

Cuma bila difikirkan kembali inilah ruang untuk umat Islam 
di Malaysia 'bersatu' dengan mengenepikan batas sempadan 
politik, tiada salahnya untuk turut sama menunjukkan 
kecintaan terhadap Rasulullah SAW & Islam.

Peliknya bila salah seorang pemimpin tertinggi DAP 
tiba2 bersuara dengan menyentuh sensitiviti agama lain. 
Mempersoalkan pembaziran masa & tenaga umat Islam, 
kepentingan politik pihak lain, sedangkan DAP 
tersenyum bangga bila berjaya memperbodohkan 
umat Islam dari parti PAS & PKR turun mengadakan 
pelbagai macam protes jalanan demi kepentingan 
politik mereka. 

Ya, selama ini PAS & PKR cuma diperbodohkan 
untuk kepentingan politik DAP!

Nasrudin & Khairy Bersatu Hentam KebiaDAPan DAP

Pemuda Umno dan Pemuda Pas bersatu suara membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang secara sinis persoalkan perhimpunan besar-besaran umat Islam membantah filem Innocence of Muslims, Jumaat ini sebagai buang masa dan tenaga.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan pemimpin DAP itu menunjukkan beliau sangat tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam dan juga kedudukan Rasulullah SAW dalam Islam. "Ini amat malang sekali. Dia rakyat Malaysia tetapi masih tidak faham perkara asas dalam Islam dan juga sensitiviti orang Islam.," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan turut mengecam Koo Ham dengan menegaskan tiada isu buang masa atau tenaga sebagaimana dikatakan pemimpin DAP itu kerana bantah filem itu adalah kewajipan setiap individu Muslim. "Kita tentang kerana ini isu agama, bukan politik. Filem ini menghina Rasulullah dan mengguris hati umat Islam seluruh dunia," katanya. Menurutnya, berhimpun bantah filem itu adalah usaha kecil dibuat bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap perbuatan biadap itu.

"Saya nak ajak semua ahli Pas hadir di kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini," katanya.

Perhimpunan sama juga akan dianjurkan Pemuda Umno pada hari yang sama, yang mendorong Koo Ham mempersoalkan dalam Twitternya: (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya? Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?) -SH

Comments